Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Friday, December 21, 2007
Risalah Kentut
Risalah kentut
1 . ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain
2 . ORANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam jam
3 . ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut
4 . ORANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut
5 . ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu
6 . ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut
7 . ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum
8 . ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil orang lain
9 . ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri
10. ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain
11. ORANG YANG pandai
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar
12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi "tit - tit - tittttt"
13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya
14. ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain
15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi
16. ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi"blekutuk - blekutuk - bloop -bloop -bloopp"
17. ORANG YANG ATHLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman
18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut
19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang
20. ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu merdu dan wangi...
Imam Ghazali telah mengariskan beberapa adab yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi ciri-ciri suami unggul antaranya:
PERTAMA: MAJLIS PERKAHWINAN
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi,
Memberi makan pada hari pertama adalah wajib[wajib diadakan dan wajib dihadiri],menberi makan pada hari kedua adalah sunnah
[suatu yang tidak ditegah,dan hukum menghadirinya adalah sunnah],dan memberi makan pada hari ketiga adalah sum'ah[riya serta menunjuk-nunjuk].
Wajib mengadakan jamuan dan menghadirinya pada hari pertama adalah disisi mereka yang berpendapat walimah atau mengadakan kenduri
perkahwinan itu wajib atau sunnah muakad.Begitu juga sunnah mengistiharkan perkahwinan dan tiada salahnya bergembira dan berseronok
dengan nyanyian dan pukulan gendang asalkan adabnya terpelihara,
Rasulullah SAW bersabda;
Bezakan antara halal dan haram[maksudnya lelaki dan perempuan halal setelah berkahwin]dengan suara[nyanyian yang diharuskan,zikir dan ucap tahniah]
dan pukulan gendang.
KEDUA:BERAKHLAK BAIK TERHADAP ISTERI.
Firman Allah Taala:
Gaulilah mereka dengan adab yang baik.
Ini merangkumi tutur kata yang lunak,bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami,memberi nafkah,bermesyuarat
dengan isteri dalam urusan rumah tangga,menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi.Islam juga menegah suami mengambil semula pemberian mahar yang telah diserahkan kepada isteri yang pertama sekiranya ia berhasrat mengahwini isteri yang kedua sebagai
satu penghormatan kepada kaum hawa.
Allah berfirman:
Dan sesungguhnya mereka[isteri-isteri kamu]telah mengambil perjanjian yang kuat dari kamu.
Rasulullah SAW bersabda agar kita berlemah lembut dengan isteri:
Wahai Anjasyah,perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca[wanita yang sifatnya lembut]
Demikianlah Rasulullah menyifatkan kelembutan wanita.Sekiranya si suami tidak bijak sana nescaya,banyak kecelakaan yang tidak
diduga akan berlaku.
KETIGA:MERAIKAN ISTERI.
Rasulullah SAW sentiasa menjaga perasaan isteri baginda,dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra.
Rasulullah SAW bersifat keanak-anakkan ketika bersama isteri baginda.meskipun baginda seorang pahlawan di medan perang.
sememangnya sikap wanita suka dimanjakan dan dibelai oleh seorang suami,jadi seorang suami mestilah pandai meletakkan dirinya sedarjat dengan isterinya untuk mengelakkan rasa canggung dan rendah diri antara kedua pihak ketika bersama,pernah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nasai Bahawa Rasulullah SAW pernah berlumba lari dengan saidatina Aisyah,dan dalam riwayat yang lain oleh Tarmizi dam Muslim,Rasulullha bersabda:
Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut bersama isterinya.
KEEMPAT:BERSEDERHANA PADA SIFAT CEMBURU.
Apa yang dimaksudkan dengan cemburu disini ialah keperhatinan melampau suami terhadap tindak-tanduk isterinya dan telalu mengawasi gerak langkahnya.Islam menegah sifat keterlaluan dan melampau dalam menjejaki tindak-tanduk isteri dan terlalu menghidu kesilapan dan kepincangannya.
Islam menegah merisik-risik atau mengintip keaiban isteri,sehingga tertanam rasa buruk sangka terhadap isteri dan terlalu mengorek rahsia yang tersembunyi.
Saidina Ali pernah berkata:
"janganlah kamu terlalu cemburu terhadap isteri kamu sehingga melemparkan prasangka buruk terhadapnya"
Manakala sifat cemburu atau sifat perihatin yang kena pada tempatnya adalah suatu yang terpuji dan digesa oleh syara' seperti sentiasa perihatin mengawasi isterinya dalam menutup aurat,menundukkan pandangan,menjaga batas pergaulan,menjaga kehormatan diri dan lain-lain lagi.
Rasulullah pernah bersabda:"sesungguhnya Allah bersifat cemburu dan mukmin juga bersifat cemburu ,Allah bersifat cemburu[sensitif]jika seorang mukmin itu mendatangi perkara yang diharamkannya.
KELIMA:BERSEDERHANA MEMBERI NAFKAH.
Bersederhana dalam memberi nafkah maksudnya tidak terlalu bakhil dah tidak terlalu boros.perkara yang paling baik adalah yang pertengahan.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31;
"Wahai anak-anak adam!pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadah[atau mengerjakan sembahyang],dan makanlah serta minumlah,dan jangan pula kamu melampau ,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang
melampau batas",
Demikianlah islam mendidik para hambanya.Islam tidak menghalang fitrah hambanya yang sukakan keindahan dan kecantikan.Islam tidak melarang memakai pakaian yang cantik asalkan sanggup menjaga batas-batas yang digariskan oleh syara dan tidak membazir.
Firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 29;
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu,dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya,kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengam keadan yang tercela serta kering keputusan.
KEENAM:MEMBERI PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.
Seorang isteri perlu mengetahui hukum-hakam agama seperti bersuci,bagaimana melayan suami, hukum-hakam solat,berpuasa,zakat,haji.hak-hak jiran tetangga,anak-anak yatim,anak yatim dan lain lagi,kerana isteri adalah yang paling rapat dengan anak-anak berbanding suami yang sebuk dengan urusan luar,akan tetapi suami adalah yang bertangguangjawab dalam menyelamatkan keluarganya
dari api neraka.
KETUJUH:BERADAB MENGAULI ISTERI.
Sebelum suami mengauli isterinya[berjima],islam menyarankan agar dimulakan dengan membaca bismillah serta membaca surah Al-Ikhlas dan doa-doa lain.demikian juga disunatkan melakukan perhubungan suami isteri pada malam jumaat,sepertimana
yang disabdakan oleh Rasulullhah SAW .islam juga menegah suami hanya mementingkan dirinya sahaja dalam melakukan hubungan seks sehinggga mengabaikan kepuasan isteri,sebaiknya suami bijaksana dalam membangkitkan syahwat isteri sehingga kedua-duanya bersama merasai kemuncak seks.Islam juga menegah suami mengauli isteri ibarat haiwan,yang melampaui batas-batas kemanusiaan.
Demikianlah kehebatan islam dalam mengatur kehidupan penganutnya sehingga pekara yang bersangkutan suami isteri turut dinyatakan garis panduannya untuk menjamin kebahagian kehidupan muslim.Islam juga menganjurkan suami mengauli isteri
selang empat hari sekali dan inilah yang paling sederhana.
KELAPAN:TIDAK MEMBUKA RAHSIA ISTERI.
Rasulullah SAW memuliakan rahsia kehidupan suami-isteri serta menghormati rahsia isteri dalam hubungannya bersama suaminya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan Muslim:
"Bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain.
Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipeliharadan juga melibatkan soal maruah.
KESEMBILAN:KESETIAAN.
Antara kemurniaan dalam kehidupan berumahtangga ialah kesetiaan.kita boleh meneladani bagaimana kesetiaan Rasulullah terhadap khadijah,meskipun baginda telah mengahwini aisyah yang jauh lebih muda dari khadijah.Ketika seorang tua yang bernama Juthamah Al-muzaniah pernah datang menemui rasulullah,Aisyah bertanya kepada Rasulullah siapakah wanita tersebut yang membuatkan rasulullah menyambutnya sedemikian rupa.
Rassulullah menjawab:"Wanita itu pernah datang ketika aku hidup bersama khadijah,lantas aisyah berkata:"tiada wanita yang aku paling cemburui diantara wanita di alam maya ini melainkan saidatina khadijah" .Rasulullah sering mengingati khadijah,sehingga aisyah mengeluh seakan tiada wanita lain di dunia ini melainkan khadijah.
Lantas Rasulullah menjelaskan kepada aisyah:
"Khadijah adalah wanita yang paling mulia dan bijak sana.Dia beriman denganku disaat semua manusia kufur denganku,ia membenarkan kata-kataku ketika semua manusia mendustaiku,ia meredakanku dengan hartanya ketika kaum kufar menyekatku".
Rasulullah dikurniakan anak ketika bersama khadijah dan kesemua anak rasulullah adalah dari benih khadijah.Rasulullah juga memperolehi segala-galanya bersama khadijah dan baginda tidak mengahwini wanita lain selama baginda bersama khadijah,
kecuali setelah khadijah dijemput tuhan barulah rasulullah mengahwini saidatina aisyah.Ini semualah yang menyebabkan ingatan rasulullah terhadap khadijah terlalu kukuh sehinggakan menyebabkan aisyah merasa cemburu.
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
"Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."
Monday, December 3, 2007
Al-Azhar : Intitusi Pendidikan Islam Yang Unggul
Dan bermula dari Al-Azhar juga ramai ulama berjiwa kental dengan iman dan semangat islam telah di lahirkan. Walaupun keadaan bangunan yang agak lebih selesa sedikit berbanding Masjid Nabawi ,tetapi kedua-duanya merupakan intitusi penyebaran Islam yang hebat berbanding dengan intitusi pendidikan pada hari ini yang lebih mementingkan bangunan yang besar dan hebat,namun produk yang dihasilkan tidak seberapa.
Semasa Kerajaan Abbasiyah memerintah dunia islam ,namun perkembangan ilmu begitu dirasakan.walau bagaimana pun ,kerajaan pada masa itu masih tidak memberi peluang kepada golongan Alawiyyin dalam pentadbiran.Golongan tersebut sangat tidak puas hati dengan tindakan kerajaan, lalu memberontak dan membina kerajaan sendiri iaitu Kerajaan Fatimiyyiah.
KERAJAAN FATIMIYYAH
Kerajaan Fatimiyyah mula bertapak di Afrika Utara dan berpusat di bandar Qairawan dalam wilayah Maghribi.
Seramai 4 orang khalifah telah memerintah di Afrika utara selama 70 tahun dari tahun 909 hingga 973M. empat orang khalifah tersebut ialah Ubaidillah al-Mahdi909-934m, Abu al-Qaim ibn al-Mahdi934-945, Al-Mansur ibn al-Qiam 945-952M, Al-Muizzu li-Dinillah dan aal-aziz billah.
Khalifah ingin diperbincangkan di sini .....ialah Al-Muizzu li-Dinillah 341h-952m. Baginda merupakan seorang khalifah yang mempunyai cita-cita yang tersendiri untuh mengukuhkan kerajaan Fatimiyyah. Strategi pertama dalam misi pengukuhan tersebut ialah perpindahan dari Mahdiyyah, sebuah tempat yang terletak di maghribi ke suatu tempat yang lebih strategik untuk keselamatan kerajaanya iaitu di Fustat.Baginda kemudiannya telah menamakan Fustat dengan nama baru iaitu al-Qaherah yang bermaksud bandar yang gagah perkasa,dengan harapan bandar yang telah dibukakanya tersebut terus kuat dan gagah perkasa sepanjang zaman.
Bermula dari perpindahan itu ,lantas khalifah al_Muizzu telah menubuhkan masjid yang dinamakan masjid Al-Azhar,sempena mengambil nama isteri Saidina Ali krw, saidatina fatimah as-zahra. Setelah lebih dari setahun pembukaan mesir dan perasmian kaherah sebagai ibu negara,kerja-kerja pembinaan masjid Al-azhar mula di-jalankan iaitu pada 4 April 977m barsamaan 24Jamadil Awal 359H.
Tujuan pembinaan Masjid Al-Azhar tersebut ialah sebagai hadiah kenangan yang akan terus diingati oleh umat Isalam sebagai suatu peninggalan dari kerajaan tersebut.
Pembinaan masjid itu dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli,seorang panglima perkasa dari bandar Barbar. Usaha yang mulia ini telah berjaya diselesaikan pada hari jumaat 22 Jun 972M bersamaan 7 Ramadhan 361H. Perasmiannya telah dimulakan dengan mendirikan solat jumaat dalam masjid tersebut dan selepas itu wujudnya pengajian-pengajian yang berteraskan kepada ajaran syiah sebagaimana pada masa yang sama pengajian-pengajian yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang giat dijalankan di Baitul Hikmah.
Pada tahun 378H ,salah seorang menteri kepada khalifah al-Aziz billah yang bernama Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada khalifah untuk menjadikan masjid terebut sebagai jami'ah iaitu sebuah intitusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengtahuan. Maka masjid itu dinamakan Jami'ah al-Azhar.
KEDATANGAN SALEHUDDIN AL-AYUBI
Salehuddin Al-ayubi, berbangsa kurdistan yang menetap di Syam telah datang ke Mesir.Beliau telah dilantik sebagai Menteri oleh kerajaan Fatimiyyah. Dalam masa yang sama beliau dapat mengendalikan kedua-dua jawatan ini dengan begitu baik sedangkan kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai pertelingkahan yang banyak.
Salehuddin al-Ayyubi berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie.Dengan kebijaksanaan yang dinugerahkan oleh allah,beliau telah berjaya menukarkan Jami'ah al-Azhar daripada dikuasai Mazhab Syiah kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah ,dan menamakan kerajaanya sebagai kerajaan Ayyubiyah. Beliau menghapuskan Syiah dan menukarkan sistem pengajian Jamiah al-azhar berdasarkan pengajian Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ramailah ulama-ulama Syafie yang dahulunya hanya boleh mengajar di Masjid Amru al-As telah berpindah ke Masjid al-Azhar dan terus mengajar di situ.
SYUYUKH AL-AZHAR
Terdapat 49 orang syeikh al-azhar telah dilantik bermula daripada syeikh Muhammad al-Karashi(?-1690) sehinggalah pada hari ini syeikh mehammad sayid tantawi(mula 1996). Pada awalnya , Syeikhul ashar dilantik secara bergilir-gilir mengikut mazhab . Hal ini kerana pada masa dahulu terdapat ulama yang mengarang kitab talfiq al-mazhab dan taqlid hebat diperkatakan pada masa itu.
Berikutan daripada berlakunya pertelingkahan mazhab ini,al-azhar telah ditutupi pengajianya selama dua kali dan tiada syeikh al-Azhar ketika itu iaitu selama dua tahun 1776-1778 dan kali kedua selama empat tahun 1860-1864.Selain daripada itu ,al-azhar telah ditutup pengajianya berikutan kedatangan kerajaan Napoleon Bonaparte.
Napoleon Bonaparte mengangap Mesir seperti anak dara dan Syeikh-syeikh al-azhar boleh diikat secara lembut dngan menggunakan uslub talatufdan mujamalah. Pada awalnya,mereka tertipu dengan tipu daya Napoleon Bonaparte yang bukan sahaja menukarkannamanya dengan nama Islam selama berada di Mesir,malah dia juga telah membiayai majlis-majlis Maulidur Rasul yang diadakan.
Sebab itulah ada pendapat yang mengatakan bahawa Napoleon Bonaparte telah masuk Islam yang mana sebenarnya dia hanya berpura-pura menukar namanya untuk meneruskan misi jahatnya seperti menari rambut dalam tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak.
Namun , berbekalkan iman yang tinggi dan ilmu pengtahuan yang banyak, Syeikhul Azhar tidak dapat diikat dngan begitu mudah.Syeikh-syeikh al-azhar mula melihat dunia luar Mesir.mereka mendapati Napoleon Bonaparte telah dan sedang membunuh tamai umat islam di afrika.Jadi mengapa di Mesir Napoleon begitu baik terhadap meraka.Ini tidak lain dan tidak bukan, ada udang di sebalik batu!!!!
Lalu, ulama-ulama azhar mula mengencam kezaliman napoleon melalui ceramah-ceramah meraka.Mereka juga menubuhkan satu gerakan melatih umat isalam menggunakan senjata sebagai persediaan untuk menentang penjajah.Apabila hal ini disedari oleh Napoleon ,dia juga tidak ketinggalan melatih askar-askarnya di Ahram. Salah seorang daripada askarnya memanjat Abu al-Hul sehingga menyebabkan hidung patung tersebut patah.Disinilah bermulanya patung Abu-Hul cacat di bahagian hadapan mukanya.Dalam masa inilah,ulama-ulama azhar telah mengambil inisiatif untuk menghantar pelajar-pelajar al-azhar ke kampung-kampung dalam negara mereka demi keselamatan dan kemaslahatan bersama serta menutup pengajian Al-azhar buat sementara waktu.Selain daripada itu,terdapat syeikh al-azhar yang memanjangkan langkah mereka denga berceramah di gereja-gereja,menyeru semua agama samawi supaya bersatu untuk menentang penjajah British dan Perancis.Akhirnya , Napoleon lemah dn tidak tahan,lantas membuat persedian untuk melarikan diri.dia telah terkena banyak arsenik(zarnikh)dan akhirnya telah membunuh diri sendiri.
SISTEM PENGAJIAN
Semasa kerajaan Utmaniyyah menguasai dunia Islam, sistem pengajian Al-azhar masih mengamalkan sistem periwayatan dan hafazan.Syeikh-syeikh al-azhar duduk di tiang-tiang masjid dan dikelilingi oleh anak-anak murid.Syeikh mengajar dan anak-anak murid menyalin pengajaran tersebut sehingga selesai pengajian.Kemudian syeikh akan membaca semula apa yang telah ditulis oleh anak muridnya.Terdapat juga anak murid yang tidak mahu menulis, jadi mereka mengupah tukang salin yang dipanggil nussakh.
Pada masa yang sama ,kerajaan Uthmaniyyah mendirikan Masjid biru dan Masjid Aya Sofya,lantas menjadikannya sebagai tempat pengajian.
Menurut Mustafa Sabri dalam bukunya Mauqif al-aql wa al-'ilm. Sistem pengajian di turki adalah lebih baik daripadasistem Badiuzzaman Said Nursi,orang yang sangat dikehendaki oleh penjajah.
Akibat daripada sistem ipengajian tersebut yang terus-terusan diamalkan di al-azhar,seorang murid telah meninggalkan kelasnya iaitu Muhammad Abduh.
Syeikh Muhammad Abduh tinggal bersama bapa saudaranya, salah seorang as-syeikh al-azhar.Sehingga pada suatu ketika, beliau menjadi perintis memperbaiki sistem pengajian al-azhar dngan menambah sistem peperiksaan.
Pasa tahun 60an, sistem al-azhar dikemaskinikan lagi. Semasa Syeikh Hasan menjadi as-syeikh al-azhar,pelbagai pembaharuan telah dibuat lantaran beliau duduk bersama kerajaan pada masa itu. Pembukaan furu'-furu'(cawangan),membuka Kuliah Handasah(Kejuruteraan)dan Kuliah Tibb(perubatan),dan membuka cawangan bagi pelajar perempuan.Kelas-kelas untuk muslimat telah dibuka buat pertama kalinya di cawangan tanta,selepas itu barulah dibuka di kaherah.
Al-Azhar semakin diperbesarkan .ia mula dikunjungi oleh ramai para pelajar dari luar Mesir.Pada masa itu ,ramai pelajar telah mewaqafkan hartanya sehingga harta tersebut boleh digunakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar wafidin(orang luar Mesir).Namun pada tahun 60an ini jugalah, Al-azhar telah diletakkan di bawah Kementerian Waqaf Bahagian Agama. Semua harta yang dimiliki hendaklah direkodkan dan segala pengurusan harta jua pentadbiran perlulah dirujuk kepada kerajaan.Perlantikan sebagai as-Syeikh al-azhar juga mula ditentukan oleh kerajaan,malah perkataan as-syeikh al-azhar(sifat mausuf)juga telah ditukar menjadi Syeikh al-azhar(idhafah).
Penukaran yang nampaknya kecil ini sebenarnya telah mempengaruhi peranan syeikh al-azhar yang semakin sempit dan terikat..wallahu a'lam
Artikel ini ditulis berdasarkan ceramah ustaz hanafi abdul rahman mengenai al-azhar semasa kuliah jumaat di Iskandariah.Pada tarikh 18ogos 2000.
SEJARAH RINGKAS
Kaherah merupakan ibu negara Mesir.Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad.Bangunan-bangunan lama masih terus didiami,lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap,lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya Bandar ini.Walaupun bagaimanapun,situasi ini seakan tidak terasa,hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung al-Azhar,sebuah gedung ilmu yang terkenal di seluruh dunia.
UNIVERSITI TERAWAL DIDUNIA
Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah.Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka.Pihak musuh sememangnya memendam dendam dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar.Sejak dahulu lagi.al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China,Eropah,India dan lain-lain.Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah lagi.
SEJARAH PENUBUHAN
Mengikut catatan sejarah silam,Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar.Mengikut lembaran awal sejarah,tertera bahawa tanggal 6 Julai 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini.Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu negara Mesir.Lebih kurang setahun selepas itu,4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah,kerja-kerja pembinaan masjud al-Azhar mula dijalankan.Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli,seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat,22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadan 361 Hijrah.Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah,sembahyang Jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan.Pada tahun 378 H (988 M),wazir kerajaan Abbasiyah di Mesir,Ya’kub ibn Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya,Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah,institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Bermula dari tarikh tersebut,ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut.Masjid itu dinamakan Jami’al-Azhar.
MERCU AZAN
Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan.Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain,namun pintu gerbang al-Azhar tetap tampak terselah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.
Mercu-mercu ini dibina pada tiga zaman.Mercu di sebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitbay,sementara yang disebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri,sultan terakhir pada zaman Kesultanan Mamalik.Kemudiannya pada kurun ke-18,satu lagi dibina oleh al-Amir Abdul Rahman.Semenjak itu,kekallah al-Azhar dengan tiga mercu azan.Setiap mercu mempunyai keistimewaannya tang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.
GEMPA BUMI DI MESIR
Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah,satu bencana alam yang dasyat telah berlaku.Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung loeh rakyat dan kerajaan Mesir.Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaanya ketika gempa bumi tersebut.Namun kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda.Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid al-Azhar dan kawasan di masjid Azhar dan Madrasah At-Tibrisiah merupakan madrasah pertama didirikan. Ia diasaskan oleh Al-Amir Tibris Ibnu Abdullah Al-Waziri seorang ketua tentera pada zaman Sultan Al-Mansor. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau dikebumikan di Madrasah tersebut.
MATLAMAT AL-AZHAR
Cemburu musuh Al-Azhar meluap-luap melihat Azhar. Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sasaran dan objektif Al-Azhar satu hari nanti akan menghancurkan mereka. Pada oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah Zaitun ini. Ketua jihad ini terdiri daripada sheikh-sheikh Al-Azhar yang bersemangat. Anatarnya Sheikh Sulaiman Jausuki dan Sheikh Mauruki. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussin. Perkara yang menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajah Perancis. Namun umat islam tidak akan mendiam diri apabila diperlakukan sedemikian rupa. Pada tahun 1800 Masihi, bangkit manusia berhati singa dari Al-Azhar yang bernama Sulaiman Al-Halbi dan beliau mengembalikan maruah umat islam dengan menumpahkan darah Cilber, ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya sekali-kali tidak dimaafkan oleh islam. Selepas itu, tercatat sekali lagi sejarah apabila buat pertama kalinya orang-orang Mesir memilih hakim dikalangan Azhari. Muhammad Ali Hakiman, hakim lulusan Al-Azhar dilantik pada tahun 1805 Masihi dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancing menghina Al-Azhar. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan tiga segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Naseer. Sekali lagi Al-Azhar memainkan peranan yang penting. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangan dan harumnya tersebar di serata dunia.
AL-AZHAR PADA PEMERINTAHAN AYYUBIYYAH(567-648 H) (1171-1250 M)
Apabila kerajaan Syiah yang menganut mazhab Ismailiyah meletakkan Ismail ibn Imam Jaafar as-Sodiq sebagai khalifah,pelbagai penyelewengan dan kemungkaran berleluasa.Pemerintahan Abu Muhammad Abdullah ibn Yusuf al-Mustausir atau lebih dikenali dengan gelaran al-‘Adhid adalah seorang pemerintah yang zalim dan suka menindas rakyat.Beliau mengenakan pelbagai cukai yang tinggi terhadap golongan Ahlul Sunnah wal Jamaah.Sikap negatif ini melarat kepada pembesar-pembesar Fatimiyah dengan menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengumpul kekayaan sendiri.Walaubagaimanapun,Salahuddin al-Ayubi yang berasal dari Kurdistan bangkit menghapuskan segala penyelewengan yang berlaku sehingga al-Adhib terbunuh pada 567H(1171 M).Salahuddin mencapai kemenangan dalam beberapa peperangan sebelumnya hasil susunan strategi dengan penuh sabar dengan tujuan untuk melenyapkan akidah Syiah.
Pertamanya Salahuddin mendirikan madrasah Nasiriyah pad tahun 566H(1170M) berhampiran Masjid Amru al-As bagi mempelajari Mazhab Syafie hingga beliau berjaya menguatkan kembali pengaruh mazhab ini.Kemudian,Madrasah Qamhuyyah diwujudkan untuk mengajar Mazhab Maliki.
Setelah berjaya menguasai pentadbiran, hakim besar bermazhab Syiah dipecat dan diganti dengan hakim besar bermazhab Syafie iaitu Sadruddin Abdul Malik Dirbas As-Syafie. Ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie dihantar ke seluruh pelusuk nagara dengan tujuan melemahkan pengaruh mazhab Syiah Ismailliyah. Pada tahun yang sama, Salahudin mengarahkan nama Al-‘Adhib Fatimiyah yang sedang sakit diganti dengan nama Khalifah Abbasiah yang baru menaiki takhta kerajaan tersebut Al-Mustadhik di dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis.
Salahuddin Al-Ayubi amat menekankan sektor pendidikan. Beliau berusaha mempertingkatkan taraf pendidikan di kalangan rakyat di samping mengeluarkan peruntukan besar. Beliau berusaha mengadakan pengajian ilmu-ilmu naqli, seperti ilmu tafsir, hadis, fiqh, ilmu kalam, bahasa arab dan sastera. Bahkan, beliau juga mengadakan pengajian ilmu aqli seperti falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan ilmu lain bagi melakukan reformasi pendidikandan pemikiran terhadap institusi pengajian ini. Al-Azhar yang pada suatu masa dahulu menjadi institusi utama penyebaran ajaran Syiah bertukar wajah secara mendadak sejak di bawah pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi. Ajaran Syiah sama sekali dihapuskan sebaliknya ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi dasar utama pendidikan Al-Azhar.
Dengan kestabilan dan keadilan pemerintahan yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubi,beliau meletakkan batu asas yang cukup kuat bagi kerajaan Ayyubiah untuk terus tertegak walaupun selepas zaman pemerintahannya.Sejak dari awal lagi panglima yang bijaksana dan warak itu tidak berniat untuk mendirikan kerajaannya sendiri tetapi disebabkan Khalifah Nuruddin Zarqi tidak meninggalkan keturunan yang layak mewarisi kerajannya ,maka kuasa pemerintahan telah beralih ke tangan Salahuddin al-Ayubi.Secara tidak langsung pemerintahan kerajaan Mamalik bertukar kepada kerajaan Ayyubiah.
Pada zaman kerajaan Ayyubiah Salahuddin membangunkan 26 buah institusi pengajian yang lain.Di antara institusi pengajian yang dibangunkan ialah Madrasah Nasiriyah,Salahiyah dan Qamhiyah.Dan tenaga pengajar yang utama ialah ahli falsafah yang terkemuka iaitu ibnu Khaldun.Bahkan hampir semua institusi pengajian yang dibina pada abad ketujuh dan kelapan hijrah mengikut sistem dan methodologi yang digunakan oleh al-Azhar.
Diantara tokoh-tokoh yang lahir ketika itu ialah:
- Abu Qaseem al-Manfalluti
- Syeikh Syamsuddin al-Atabaki
- Sa’aduddin al-Harithi al-Hambali
- Jalaluddin as-Sayuti
- Syeikh Sahabuddin as-Sharuddin
- Syeikh Shamsuddin ibn Khalk
AL-AZHAR PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIAH
Bendera kerajaan Islam Uthmaniah pertama kali dicacak dibumi Mesir pada Januari 1517M,setelah Sultan Salim mengalahkan kerajan Mamalik dan mendudukinya selama 8 bulan sebelum pulang ke Qastaniniah,pusat pemerintahannya.Sultan Salim menjemput pakar-pakar dalam pelbagai bidang keilmuan dari Mesir di samping membawa pulang kitab-kitab dari perpustakaan al- Azhar untuk digunakan sebagai formula bagi memajukan kotarayanya.
Gelaran as-Syeikh mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah pada awal abad ke-17M melalui budi bicara dan ketetapan perlantikkan daripada Khalifah.Sehingga hari ini,jawatan ini masih dikekalkan.Pada peringkat awalnya,gelaran ini diberikan kepada tokoh ulama’ yang memenuhi syarat-syarat tertentu berdasarkan pilihan pemerintah.Seterusnya apabila kerajaaan Uthmaniah lemah,perubahan berlaku terhadap kuasa perlantikan ini.Jawatan ini kemudiannya dilantik di bawah kuasa ahli jawatankuasa pentadbiran berdasarkan persepakatan yang dibuat.
PEMBERONTAKAN MENENTANG PERANCIS
Pada 24 Julai 1798,Perlembahan Nil jatuh ke tangan penjajah Perancis di bawah Napolen Bonaparte.Maka panji berbelang ungu,putih dan merah berkibar di Istana Muhammad Bek di al-Azkiki.Penjajahan yang bersifat kolonialisme dan dictator menjadi amalan kuasa-kuasa besar Perancis,British dan Belanda untuk mempusakai bumi umat Islam yang luas ini.Bermula Morocco sebelah barat sehingga Miranki dan Indonesia Timur.
Pada ketika itu,Mesir yang berada dibawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah merupakan negara Arb yang pertama dijajah oleh Perancis.Hal ini membuka jalan imperils menjajah negara-negara Arab yang lain.Bagi melemahkan umat Islam ketika itu,Napolean Bonaparte memainkan muslihatnya yang sangat halus dengan berpura-pura menganut Islam dan memandang tinggi terhadap pencapaian ketamadunan umat Islam.Beliau memberikan perhatian sepenuhnya terhadap al- Azhar.Malahan itu, beliau menjadikan al-Azhar setaraf dengan universiti Sarbone di Paris.
Di bawah rancangan La Politique Musulmane de Bonaparte iaitu Politik Islam Bonaparte,skim gaji baru yang menarik serta bersistematik diperkenalkan kepada syeikh-syeikh al-Azhar.Kemudahan seperti keldai disediakan kepada mereka bagi memudahkan urusan perhubungan.Napolean Bonaparte juga memilih mereka menyertai Dewan Qaherah bagi membincangkan hal-ehwal rakyat dan pembangunan negara. Malah tentera Mesir diarahkan memberi khidmat dan bantuan kepada kaum muslimin di negara tersebut bagi menyambut hari-hari perayaan. Peruntukan yang besar juga dikeluarkan bagi menjayakan rancangan tersebut. Namun begitu segala yang dilakukan tersirat padanya niat busuksemata-mata untuk melobi kekayaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari negara umat yang memilik pelbagai tamadun itu.
Pada masa yang sama, mereka menunjukkan hubungan yang baik dengan tentera Turki yang berada di Mesir.Perancangan rapi ini belum pernah dilakukan oleh golongan kafir terhadap sejarah umat Islam Mesir. Sebelum ini sejarah membuktikan bahawa tentera Islam berkali-kli berjaya mengalahkan tentera Eropah dalam setiap peperangan Salibiyah. Walau bagaimanapun,tipu helah itu sia-sia apabila masyarakat Mesir mengetahui kedatangan mereka ke bumi Mesir. Faktor utama yang menyebabkan kedatangan Perancis mendapat tentangan adalah perbezaan akidah.
Kisah sejarah yang datang dari negara-negara jajahan Perancis menggambarkan kejahatan kolonial itu. Di samping itu, Murad dan Ibrahim dua tali barut penjajah(mendapat sokongan Perancis)adalah zalim,kejam dan dibenci oleh rakyat Mesir. Lantaran itu,l-Azhar menjadi tempat perbincangan masyarakat bagi memulakan pemberontakkan menentang pen jajah.Setelah semua senjata yang mereka kumpulkan memenuhi stor-stor simpanan, maka para pelajar bersama pemimpinnya Syeikh Sadat, ahli majlis syura al-Azhar mengumpulkan 15 ribu tentera untuk memulakan pemberontakkan.
Dalam pemberontakkan itu, Jeneral Dybury mati apabila ditembak di dada.Umat Islam dan al-Azhar menang dalam pemberontakkan ini, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, tentera Perancis menyerang balas. Kesan daripada itu, beberapa dinding al- Azhar hancur akibat terkena lontaran api. Tentera Perancis berjaya menahan 80 orang pemuda-pemuda al-Azhar dan dijtuhkan hukuman gantung. Walaupun hukuman tersebut bertujuan memberikan pengajaran yang mengerunkan kepada penduduk, kemarahan dan kebencian terhadap penjajah Perancis semkin meluap-luap dalam dada pendukung-pendukung al-Azhar.
Kebangkitan mereka kali kedua berlaku pada 12 April. Dalam pertempuran yang sengit ini, banyak jiwa dari kedua-dua belah pihak terkorban termasuklah ketua tentera Perancis yang bengis bernama Clybeer. Serentak dengan itu, pemerintah Perancis memulakan perang saraf dengan memburukkan al-Azhar dan menyifatkannya sebagai punca perpecahan dan kemusnahan. Setiap pelajar dituduh dan ditohmah dengan pelbagai gambaran yang buruk. Lantaran itu, demi menjaga kemaslahatan pelajar-pelajar asing yang datang dari pelbagai pelusuk tempat, maka Syeikh Abdullah Sharqawi, Syeikh as-Sowi dan Syeikh al- Mahdi mengambil keputusan yang drastic untuk menutup universiti al-Azhar buat sementara waktu.
Hasil daripada pemberontakkan kedua ini, pemerintah Perancis mula melakukan permusuhan terbuka dari pelbagai sudut. Berkat kewibaan ulama’ al-Azhar, kesemua permusuhan dan permasalahan yang timbul dapat di atasi dengan segera. Pemimpin utama al-Azhar iaitu Syeikh Sadat menerima seksaaan di penjara Qal’ah. Malah Perancis juga mengenakan peraturan dan cukai yng tinggi dengan tujuan untuk memeras rakyat Mesir agar menerima kepimpinan mereka. Akhirnya, berkat kegigihan dan pengorbanan yang dilahirkan oleh pejuang-pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan daripada cengkaman penjajah terbukti, rakyat Mesir berjaya menghalau keluar Perancis dari tanah air mereka.
MUHAMMAD ALI DAN AL- AZHAR
Pemberontakan menentang Perancis dilakukan secara besar-besaran untuk menghalang kekejaman penjajah. Malangnya, para pemimpin tempatan mengambil sikap membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap penderitaan rakyat di samping berlumba-lumba mengumpul kekayaan.Justeru itu, ulama’ al-Azhar berjuang bersama rakyat di bawah pimpinan as-Syahid Umar Mukkaram untuk menuntut keadilan daripada Ahmad Khursid, gabenor yang dilantik oleh pemerintah Uthmaniah di Mesir. Apabila 40 ribu orang mengepung tempat kediamannya di Qal’ah, lalu beliau menghantar wakil meminta bantuan tentera dari Qalyub untuk meleraikan kepungan rakyat terhadap istananya, tetapi usaha tersebut gagal apabila utusan tersebut tidak menemui tentera yang sanggup bertindak demikian.
Apabila perkhabaran ini sampai ke pengetahuan Kerajaan Uthmaniah di Althitanah , beliau memerintahkan Ahmad Khursid dipecat dan digantikan oleh Muhammad Ali. Muhammad Ali berbaik-baik dengan ulama’ al-Azhar malah memainkan peranan untuk membina masa depan cemerlang. Beliau yang mengetahui hubungan buruk dengan tentera-tentera Turki dan rakyat Mesir mengkritik beberapa penyelewengan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut penurunan cukai.
Ulama’ al-Azhar bersetuju perlantikkan Muhammad Ali sebagai wazir pemerintahan Uthmaniah di Mesir setelah melihat keadaan baik dan sifat kepimpinannya. Mereka meletakkan syarat Muhammad Ali mesti memerintah dengan keadilan dn kesaksamaan serta melaksanakan kebajikan rakyat.. Ketetapan ini dipersetujui oleh jawatankuasa tertinggi kerajan tersebut. Antara pembaharuan yang di buat ialah:
- Mendirikan sekolah El Shen
- Mendirikan Darul Ulum
- Mendirikan Al-Jamiah Al-Masriyyah
- Mendirikan Madrasah Al-Qudha As-Syar’ie
SEKOLAH AL- SYEN
Pada 1836M, Muhammad Ali mendirikan sebuah madrasah di Azbakiah dan mengambil tenaga pengajar dari al-Azhar. Subjek yang diajar adalah kursus berkaitan dengan Bahasa Arab yang menggunakan teks Arab seperti Matan Arjumiyyah, Syeikh Khalid dan beberapa buah kitab yang lain. Tidak beberapa lama kemudian, madrasah tersebut mengadakan subjek khas seperti Fiqh Empat Mazhab. Rafah Rafie Tantawi bertanggungjawab dalam hal tersebut. Beliau membuat pelbagai reformasi terutama dalam bidang pendidikan setelah berjaya menamatkan pengajian di seberang laut. Di madrasah ini, beliau mengembangkan usaha-usaha penterjemahan dan pembaikpulihan kitab-kiatb lama serta memperbesarkan perpustakaan. Pada awal pemerintahan Abas1 pula, madrasah ini dipindahkan ke Nasiriyah. Apabila madrasah ini dimansuhkan , beliau dilantik sebagai nazir sekolah-sekolah rendah di
DARUL ULUM
Pada 15 Safar 1128H (1817M), Darul Ulum didirikan. Di samping mengajar Bahasa Arab, madrasah ini memberi penekanan terhadap ilmu-ilmu semasa, methodology pendidikan dan pembelajaran. Darul Ulum menyumbangkan peranan yang amat besar di bidang kesusasteraan dan Bahasa Arab. Di antara mereka yang pernah mengajar ialah:
- Muhammad Abduh
- Hassan At Tawi
- Hussein Al Marsafi
- Hamzah Faathullah
- Sulaiman Al-‘Abd
- Hasunnah Nawawi
- Muhammad Al Khudri
- Abdul Aziz Jawish
- Muhammad Abduh Mutallib
- Hafui Naseef
- Muhammad Zaid
KEBANGKITAN AL-AZHAR MENENTANG PERANCIS
Pada subuh 21 Oktober 1798, 3 bulan selepas penaklukan tentera Perancis ke atas Mesir, pemberontakan di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Sadat meletus. Pemberontakan ini berlaku apabila Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad menentang Perancis.
Kebangkitan menentang Perancis disebabkan beberapa factor
- Perbezaan agama adalah factor terbesar yang menyebabkan berlakunya pemberontakan. Rakyat Mesir menganggap kerajaan Turki Uthmaniah sebagai saudara seagama yang mesti dibantu dan dipertahankan bermati-matian. Manakala, agama Kristian yang dianuti Perancis adalah agama yang amat dibenci sejak dari berkurun-kurun lagi oleh nenek moyang mereka. Mereka tidak akan menukar pegangan yang mampu menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.
- Kekalahan tentera Perancis di Port Abu Khir Iskandariah menyakinkan mereka bahawa Perancis berada dalam keadaan yang terlalu lemah.
- Keruntuhan social yang berleluasa seperti pengembangan perniagaan arak , tarian-tarian gelek, rasuah dan lain-lain lagi.
- Kezaliman dan penindasan terhadap tokoh-tokoh ulama’ yng mengkritik pemerintah.
- Perbezaan budaya, bahasa dan pakaian di kalangan pegawai-pegawai penjajah yang berurusan dengan mereka.
PENGAJIAN AL-AZHAR
Sejarah pengajian di al-Azhar selari dengan sejarah Jami’ah tersebut telah melalui liku berkelikir dalam perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan Kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik sahaja ia dibina dalam tahun 365H (975M) setelah mendapat arahan daripada pemerintah kerajaan Fatimiyyah al-Maizli Din Daulah, Qadil Quda’ Abu Hassan Ali ibn Nukman ibn al-Qaitawani.
Setelah mendapat nasihat daripada menterinya Ya’akub ibn Kals, ditetapkan pada malam Selasa dan Jumaat, penggunaan Waziriyah sebagai perbincangan usul fiqh Syi’ah. Selepas itu, penambahan madah-madah lain dilakukan sehingga institusi tersebut menjadi institusi pertama yang membincangkan segala bidang ilmu, dengan cabang-cabang ilmu yang dipecahkan kepada Ulum Quran, Tafsir, Hadith, Tauhid, Sejarah, Riadah, Falaq, Bahasa, Sastera dan sebagainya. Diadakan juga pembelajaran khusus untuk wanita. Semua ini dilakukan dengan penggemblengan yang sepenuhnya diantara rakyat dan pemerintah, guru-guru, syeikh-syeikh dan murid-murid untuk menyebarkan ajaran Syi’ah di seluruh pelosok alam.
Jawatan yang paling tinggi disandang oleh Da’ie Du’at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas daripada khalifah.Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.
Di bawah kerajaan Ayubiyyah pula, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falak dan riadhah. Ilmu kesusasteraan Arab pula diajar oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari
Pendekatan yang digunakan semasa pembelajaran berbentuk halaqah iaitu seorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiang masjid dilingkungi oleh murid-murid. Pembelajaran akan dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah serta diikuti ilmu yang akan dipelajarinya. Sejurus selepas itu, syeikh tersebut akan memperbetulkan kesilapan bacaan dan tulisan murid-muridnya, mengulang pelajaran yang lalu, menyambung pelajaran baru dan diakhiri dengan perbincangan dan soal jawab serta ditutup dengan surah al-Fatihah. Dengan cara ini, pelajar-pelajar tidak akan ponteng untuk mengelakkan ketinggalan. Kitab-kitab yang digunakan adalah hasil tulisan tangan perempuan dan abdi-abdi lelaki serta penulis-penulis yang diupah.
Pada zaman pemerintahan Mamalik pula, Jami’ al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti-universiti Islam di Baghdad telah hancur meninggalkan puing-puing abu runtuhan bangunan akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air sungai Furat dan Dijlah yang berwarna biru telah bertukar menjadi hitam, kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan. Namun, al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.
Selama beberapa ratus tahun semenjak penubuhannya, penekanan terhadap pendidikan wanita lebih diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.
Pada tahun 1882 M (1302 H), seorang perempuan dari muhafazah Manufiyyah, Fatimah Khalfawiyyah telah mengikuti saudara lelakinya, Syeikh Muhammad Khalfawi ke Ma’ahad Tanta tetapi telah gagal dalam peperiksaan yang akan dikendalikan oleh Syeikh Dasuki al-Arabi.
Pada tahun 1884 M (1304 H) pula terdapat beberapa orang perempuan lagi di Ma’aha tersebut, seperti Fatimah al Ghanamiyyah dari
Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang al-Azhar pada tahun 1961. Pada tahun tersebut, berlaku beberapa perubahan besar dalam pentadbiran al-Azhar. Ma’ahad khas untuk perempuan telah dibina dan tenaga-tenaga pengajar dilantik daripada al-Azhar.
NAMA-NAMA AL-AZHAR
Jami’ al-Azhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah. Pada peringkat pertama, al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu
Menurut Ahmad Mohd ‘Auf seorang penulis al-Azhar, pada masa tersebut Jami’ ‘Amru bin al-‘As dikenali sebagai Jam’u al-Jawami’ atau Masjid al-Jami’ atau Taj al-Jawami’. Selepas itu, masjid tersebut ditukar namanya kepada Jami’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian yang dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama yang ketiga inikerana terdapat khilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahra’. Namun, gelaran ini pulalah yang diabadikan pada masjid az-Zahra’. Mengikut pendapat yang kedua, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan
Kini, masjid yang bersejarah yang dibina oleh Jauhar as-Saqoli tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walaubagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.