Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 17, 2010

Puasa: Hukum Memasukkan Usus Ke Dalam Buntut

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, August 17, 2010 | Category: | 13 Kata Komenan

Salam Ramadhan buat semua.

Kita telahpun sedia maklum bahawa diantara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Perbuatan ini kebiasaannya diertikan dengan mengorek hidung atau dalam bahasa yang lebih saintifik dikenali sebagai melombong bijih timah. Ini bukanlah bermakna bijih dalam lobang idung seseorang yang bernama Timah sahaja yang termasuk dalam perbahasan. Bahkan mereka yang bernama Jenab, Munah, Pak Ali dan juga Encik Sarip atau sesiapa jelah yang ada nama maka semuanya termasuk juga.

Apabila hidung dikorek, proses yang berlaku adalah seruas jari dimasukkan ke dalam lubang hidung lalu dengan secebis kuku yang terkeluar dari daging jari dilekapkan ke akar target kita iaitu taik idung tu sendiri. Maka dengan kemahiran menggunakan jentera jengkaut, seumpama itu kuku tersebut akan mengaut keluar taik idung yang terlekat di dinding idung. Dengan perasaan puas dan nikmat, maka bijih pun dapat dilahirkan dengan selamat lalu beliau pun diazankan di telinga kanan. Inilah proses yang berlaku ketika pengorekan kehidungan berlaku dan kita telah dapati di sana adanya perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dan ini ternyata boleh membatalkan puasa.


Kot iye pun nak korek idung, guna la tangan kiri. Ni korek pakai tangan kanan lepas tu gaul kat nasik. Eeeeee.

Soalan:

Saya telah mengorek idung dengan nikmatnya pada bulan puasa hingga berjaya mengumpulkan taik idung sebanyak sebaldi. Dengan riangnya saya meraikan kejayaan itu. Masalahnya sekarang ni, saya terlupa yang saya sebenarnya berpuasa. Jadi, adakah puasa saya sah?

Jawapan:

Sah. Walaupun anda melombong bijih dari terbit fajar hingga terbenam matahari lalu telah mendapat kejayaan hakiki dengan memperoleh 8 lori hasil taik idung, puasa anda tetap sah kerana anda terlupa. Tapi pastikan la betul-betul terlupa. Bukan buat-buat lupa. Mentang-mentang la korek idung tu sedap.


Kami bahagia kerana kami belum baligh. Kalau kami korek idung 8juta kali pon puasa kami tak batal. Sebabnya kami puasa pun tak, nak batal apenye plak.

Soalan:

Saya mengalami buasir yang menyebabkan tanpa perlu saya teran-teran pon macam-macam yang keluar dari lubang jubur saya. Bukan sahaja najis, bahkan terkadang usus saya pun turut bergembira main gelongsor di situ. Saya pun tak tau la saya nak bergembira ke tak atas kegembiraan usus saya tu. Jadi, adakah batal puasa saya jika saya memasukkan balik usus yang dah terkeluar lepas saya berak mencurah-curah? Yelah kan, time puasa kan kita tak boleh masukkan sesuatu ke dalam rongga.

Jawapan:

Tak batal. Sebab kalau encik tak masukkan balik usus encik dalam buntut, takkan encik nak berjalan ke bazar ramadhan dalam keadaan usus tergantung-gantung meleleh-leleh keluar dari kaki seluar? Ini sebenarnya tak termasuk dalam perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Sebaliknya perbuatan ini lebih sesuai kita katakan sebagai mengembalikan orang yang sesat ke pangkal jalan. Memulangkan barang ke tempat asal. Tempat asal usus tu kan dalam buntut. Jadi, bila terkeluar maka beliau sebenarnya telah tersesat. Tak jumpa signboard. Maka kenalah kita hantar beliau balik. Kalau tak nanti makin sesat la beliau. Ini juga boleh dikiaskan kepada lidah. Jika anda menjelir lidah, kemudian setelah beberapa saat anda pun memasukkannya kembali ke dalam mulut. Adakah puasa anda batal? Anda jawaplah sendiri. Saya nak pergi kelas. Babai.

Eh, terlupa satu perkara. Memasukkan usus ke dalam buntut sebenarnya membatalkan puasa. Bila usus yang anda masukkan tu adalah usus anda tapi buntut yang anda masukkan usus tu adalah buntut orang lain. Sekian.


Buasir

Monday, August 16, 2010

Kalau Guru...

Posted by The Pamiesz® | Monday, August 16, 2010 | Category: | 5 Kata Komenan



Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja kena kerah

Kalau guru kurang mengajar
Dapatlah pelajar yang kurang ajar

Kalau guru tak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah pelajarnya tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua pelajar dapat dibimbing

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya jadi hiruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru selalu marah
Pelajar jadi tak tentu arah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu yang diajar

Kalau guru banyak tahu
Bimbinglah pelajar agar berilmu

Kalau guru tak galak mencuba
Murid sekadar asyik menerima

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah pelajar dengan kemudahan

Apa guna menjadi guru
Kalau fikiran masih bercelaru

Apa guna menjadi pelajar
Kalau masih kurang ajar




There was an error in this gadget