Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 26, 2010

Ya, Semuanya Gara-gara Ilmu Yang Ditinggalkan

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, May 26, 2010 | Category: , | 5 Kata Komenan

Assalamualaikum.

Aku rasa peninggalan aku dari dunia blog yang agak lama sebelum ini banyak memberi kesan terhadap skill aku dalam menulis. Kekangan masa yang agak menyesakkan pengurusan masa ataupun orang educated panggil time management telah menyebabkan aku menjadi seorang yang pasif dalam dunia blogging yang semua sedia maklum akan keaktifan aku sebelum ini. Aku seakan-akan jadi tak reti nak elaborate idea. Bahkan idea tu sendiri pun tak dapat diextract keluar daripada otak aku macam yang aku buat sebelum ini.

Kembali ke zaman silam seketika. Aku merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam subjek matematik ketika di sekolah dulu. Namun, sejak aku menjejakkan kaki keluar dari sekolah, aku tak lagi bermain-main dengan nombor. Aku tinggalkan segalanya dalam pagar sekolah dan hanya menjadi kenangan di atas sijil SPM. Ilmu itu aku tinggalkan hampir separuh dekad lamanya. Dan kini, kecemerlangan yang aku pernah kecapi dulu tu dah bertukar menjadi habuk-habuk yang hanya sekali sekala menghembus mata. Senang ceritanya, sekarang ni aku nak congak baki duit makan nasik goreng pun kena pakai calculator. Ya, seorang yang dahulunya pelajar cemerlang yang mendapat A1 dalam subjek matematik dan B3 dalam subjek matematik tambahan ini sekarang dah tak reti untuk mengira baki RM10 yang dihulur untuk membayar mi goreng dan air horlick yang berharga RM3.60. Semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Semua orang belajar cara solat semasa sekolah rendah lagi. Ada kelas kafa, ataupun pafa, atau fardu ain, atau kem solat, atau apa-apa jelah nama yang digunapakai, yang penting belajar tentang solat. Semua orang seronok buat amali solat sambil baca bacaan dalam solat beramai-ramai. Solat sambil menyembang-nyembang dengan kawan sebelah kanan, time sujud boleh tepuk pungkoq kawan sebelah kiri, time ustazah datang buat-buat baca kuat dan bertajwid pulak, muka sikit punya serius. Tapi bila ustazah round saf lain, mula la bertepuk-tepuk tampor dengan kawan belah belakang. Sampai la satu masa, semua orang tau solat tu wajib dan semua orang solat waktu tu.

Tapi disebabkan gara-gara ilmu yang hanya dipelajari tapi tak dipraktikkan, solat yang hanya dibuat sebab takut pada ustaz atau ustazah kat sekolah, faktor ibu bapa yang tak pernah solat di rumah, atau kawan-kawan yang mempengaruhi, menyebabkan solat hanya diketahui wajib tetapi tidak dikerjakan sepertimana pengetahuan yang ada tentang kewajipannya. Akhirnya meninggalkan solat telah menjadi tabiat dan titik-titik hitam terus membarah dalam hati menyebabkan dah takde rasa bersalah langsung bila tak solat. Perkara ini berterusan hinggalah seseorang itu telah puas dengan dunia lalu Allah mencampakkan hidayah ke dalam dada mereka lalu terkenanglah mereka akan dosa-dosa mereka selama itu dan mulalah bermain di fikiran mereka untuk mencari jalan taubat.

“Dah lebih 30 tahun aku tak solat. Kali terakhir aku solat adalah masa ujian pafa tingkatan 1. Sekarang umur aku dah hampir 50 tahun. Kawan-kawan dah ramai yang mati. Aku bila pulak? Malunya nak jumpa Allah. Dulu aku pernah belajar tentang solat. Tapi sebab dah lama tinggal, aku dah tak ingat langsung cara solat. Aku dah tak ingat langsung apa yang nak dibaca dalam solat. Nak cari ustaz mana ye nak mintak tolong ajarkan aku solat dan mengaji?”

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Korang tak tau betapa susahnya nak menukar hobi dan kebiasaan telinga daripada mendengar lagu boyband seperti 5ive, backstreet boys, nsync, dan macam-macam lagilah kepada hobi terpaksa mendengar bacaan lagu-lagu taranum sikah, nahwand, bayati, jiharkah, bacaan Imam Sudais, Imam Ghamidi, Imam Salih Aal Talib, Imam Khalil Khusari, dan sentiasa mengadap Quran untuk menguasai 30 juzuk bacaan Quran dengan sempurna. Jiwa muda akan sentiasa memberontak kerana syaitan sememangnya tak suka dengan perubahan ini. Perubahan pada siapa? Pada mereka la. Mereka dah tentu la bukan aku. Aku surah Fatihah pun gagap.

Tentunya aku bercerita tentang pelajar-pelajar tahfiz yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke maahad-maahad tahfiz yang ada di seluruh pelusuk Malaysia samada secara sukarela ataupun terpaksa. Akhirnya setelah mengharungi ‘penjara’ mereka berjaya juga memfailkan 30 juzuk Quran dalam dada mereka. Namun begitu, dunia bukan sekadar menghabiskan sekolah maahad dan dapat habis hafalan 30 juzuk dan dapat syahadah tasmik, maka syurga terus menanti. Tidak semudah itu. Berapa ramai juga Al-Hafiz yang mengubah arah ke bidang-bidang lain dalam pembelajaran tak kurang juga yang hanyut dengan arus dunia hingga terlupa tanggungjawap untuk memelihara Quran yang telah difailkan dalam dada. Maka ilmu yang ada tak dipraktikkan. Sekali lagi gara-gara ilmu yang ditinggalkan, mereka tak mengulang Quran, tak nak mengulang, terlupa untuk mengulang, sengaja terlupa untuk mengulang, takde masa untuk mengulang, banyak lagi kerja lain nak buat selain mengulang, menyebabkan 30 juzuk yang pernah difailkan dalam dada hilang entah kemana.

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

“Aku dulu dah pernah hafal dah 30 juzuk. Tapi dah lama dah aku habis maahad. 10 tahun yang lepas aku habis maahad. Sekarang ni aku jual burger je pun. Mengajar budak-budak mengaji pun tak. So,kalau ikut ikhlas jawap, yang aku betul-betul ingat sekarang ni pun ada la 3 juzuk je kot..tak mengulang punya pasal..”

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Begitulah juga yang aku rasakan melanda dalam diri setelah lebih sebulan aku tidak mengaktifkan diri dalam dunia blogging. Tidak menulis. Tidak juga membaca. Tidak blogwalking. Tidak login. Hanya mengisi masa yang ada dengan kerja-kerja di sekolah. Balik rumah dah penat, rehat dan tido. Bangun tido budak-budak ni pulak ajak main badminton. Jadual baru yang tak pernahnya ada dalam hidup aku sebelum ni.

Ini bukan ilmu yang ditinggalkan. Ini ilmu yang aku tak pernah dapat. Daripada kecik tak pernah-pernah nak bersukan. Dah tua-tua ni pulak baru nak terkedek-kedek belajar pukul bola tangkis guna raket. Walaupun setiap pukulan jarang mengena tali, hanya melibas bulu tangkis di batang raket, namun peluh-peluh tetap mengalir dari badan bak air terjun Niagara. Tu tak masuk lagi cerita kena smash kepala sampai menyebabkan ilmu-ilmu yang ada terus hilang.

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan. Eh, yang dihilangkan dengan kepala yang dismash tajam oleh tangan yang memegang raket itu. Sekian dimaklumkan.

Eh, kejap. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengan penulisan aku hari ni? Oooooohhhhhh, baru perasan. Sejak mula artikel ni hinggalah kini masih takde perkataan hahahaha. Takde perkataan hehehehe kahkahkah muahahaha ngehngehngeh. Patutlah terasa macam orang tengah berkabung je. Hahahaha.

Ok, dah. Serius balik.

Tu je. Babai.

Serius betul aku. Terasa kagum pulak.

Apepun, ada ilmu yang ditinggalkan yang membawak kepada hukum ‘takpe’. Antaranya macam aku tadi tu la. Dah lama tinggal ilmu hisab. Janganlah suruh aku buat calculus pulak. Differentiation pun aku dah tak ingat nak buat macamana. Apatah lagi suruh aku kira sin kos tan. Y=mx+c yang aku tulis paling banyak dalam paper kimia dulu pun aku dah tak ingat apa fungsinya. Apepun, semua tu dah takde pekdah untuk aku. So, ‘takpe’ la kalau aku dah tak ingat. Bukannya pengetua aku suruh aku mengajor math pun.

Adapun ada satu lagi kelompok, apabila ilmu itu ditinggalkan, ia tidak membawak kepada hukum ‘takpe’. Bahkan akan dicela dilaknat dan diazab pulak kepada sesiapa yang meninggalkannya. Iaitulah ilmu fardu ain dan juga menjaga Al-Quran bagi mereka yang sudah menghafaznya. Janganlah sesekali ia ditinggalkan. Praktikkanlah segala apa yang telah kita pelajari dalam ilmu-ilmu agama dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, tasawufnya, akhlaknya dan lain-lain lagi. Janganlah sesekali kita tinggalkan Quran sebab sehari kita tinggalkan ia, bertahun-tahun ia pergi jauh dari kita.

Itu sahaja untuk hari ini. Moga-moga aku jadi lebih rajin untuk menaip di minit-minit, jam-jam, hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan, dan jugak tahun-tahun seterusnya. Moga-moga artikel ini menjadi titik tolak kepada semangat aku untuk menghidupkan semula keaktifan blog ini yang bukan sahaja telah bersawang, namun telahpun didiami oleh jin. Nasib baik aku dah bacakan surah Baqarah dah. Besepah-sepah dorang semua lari. Tau pon takut.

Ok lah. Mak aku dah panggil makan. Dekat berapa bulan dah rumah ni takde sapa yang masak. Tiba-tiba hari ni ada nasik kat dapo. Bangga pulak rasa dapat tengok beras kat rumah ni. Biasanya bungkusan-bungkusan megi je yang bertebaran. Hahaha. Ok semua. Maassalamah. Wa ilalliqa’.

(^_^)


kartun yang dilukis oleh molly norris yang dikatakan mendeclarekan 'Everybody Draw Muhammad Day' (EDMD)

setelah bertaubat inilah explanation yang dibuat oleh beliau. korang bleh tengok seniri kat laman web beliau. http://www.mollynorris.com/ untuk keterangan lanjut.

p/s= Kepada peminat kartun south park, lupakan jelah minat anda tu. Adalah lebih baik anda minat shin chan macam aku. Lagi banyak paedahnya walaupun takde la banyak mana paedah dia sebenornya.

Sunday, May 23, 2010

Aktiviti Hari Minggu Yang Banyak Memberi Faedah

Posted by The Pamiesz® | Sunday, May 23, 2010 | Category: | 7 Kata Komenan

Assalamualaikum.

Anda dah bosan tengok blog ni tak berubah-ubah setiap kali anda masuk ke sini? Anda ingat anda je yang bosan? Kalau anda pun bosan, cuba anda bayangkan bagaimana keadaan tapir yang duduk dalam hutan tanpa ada sebarang coverage broadband pun yang sampai kepada mereka samada maxis, celcom, digi apatah lagi p1 wymax. Yang ada berkunjung dan menziarahi mereka pun hanyalah line-line berukband yang sentiasa menganggugugat ekosistem tapir yang kadangkala kita panggil tenuk dan cipan.

Amma ba’du (uslub perpindahan dari muqaddimah kepada isi)

Korang pernah tak rasa bosan buat benda yang sama je setiap kali hujung minggu? Tak pernah? Cis, jawap la pernah. Tak pandai langsung jaga hati kawan.

Untuk tidak memanjangkan kalam, apa kata sekali sekala kita tukar aktiviti biasa yang kita lakukan di hujung minggu. Cubalah sesuatu yang baru kerana ianya dapat menjernihkan minda dan menjadikan kita berfikir di luar daripada kotak pampers. Ia juga meluaskan pandangan dan pengalaman kita kerana kehidupan ini sememangnya full of excitement. Setiap hari adalah hari ibu!

Saya ada banyak cadangan untuk aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan di hujung minggu seperti ini. Anda tidak perlu tamak untuk melakukan aktiviti ini berseorangan. Untuk menjadikannya lebih meriah dan menarik, anda boleh juga mengajak bini, suami, anak, kawan-kawan, saudara mara, kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan, rakan cop, rakan muda, rakan sebaya, kelab kaunseling, kadet remaja sekolah dan pasukan fru untuk turut serta menjayakan misi mengisi aktiviti hujung minggu dengan berfaedah.

Caranya mudah. Anda hanya perlu mencapai hempon anda sendiri dengan syarat ia ada kredit ataupun bil dah dibayar dan tidak diblock, maka bukalah ke menu messages dan taiplah sepatah dua mesej kepada yang berkenaan. Ataupun anda juga boleh memicit keypad mencari menu phonebook dan memilih nombor sapa yang akan menjadi mangsa lalu menekan punat hijau atau dail. Telepon aje pun senang. Ataupun anda boleh sahaja layari laman web http://www.pamiesz.com dan ajaklah tuan punya blog tu sama untuk join venture dalam adventure yang akan anda lalui. Saya yakin tuan blog tu akan begitu teruja dengan pencapaian anak-anak anda yang lulus UPSR dengan cemerlang.

Jadi, apa lagi tunggu? Jom jalankan aktiviti kita!

Sebagai panduan untuk tuan-tuan dan puan-puan yang berkemungkinan tak berapa tahu cara nak susun ayat untuk mengajak orang lain berhujung minggu dengan aktiviti-aktiviti ini, di sini kami cuba untuk membantu. Mari kita lihat apakah aktiviti menarik itu dan bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk mengajak orang samada melalui SMS ataupun call:

1. jom kutip cendawan selepas hujan

2. jom membelah lautan mencari biawak

3. jom menuba kuda laut dalam perigi berlumut

4. jom mencandak sotong dalam almari berzip

5. jom menimba kerang di hutan belantara

6. jom merebus persona elegan dalam periuk kera

7. jom menjala cekodok dalam kolah masjid

8. jom memanjat awan memancing cacing

9. jom menangkap ikan tuna dalam tin sardin

10. jom menanam padi di tepi menara condong

11. jom berenang dan menyelam hingga ke dasar ekonomi baru

12. jom menjahit tirai akademi fantasia

13. jom meracun rumput di atas bumbung

14. jom menorah getah pemadam di ladang bikam

15. jom melipat rumput yang diragut dinasour t-rex

16. jom bagi ceramah kat kandang tapir

17. jom mengoyak daun keladi di tepian pantai

18. jom panjat gunung Kilimanjaro cari buah rambutan

19. jom golek mentimun di dalam sampan

20. jom menembak kijang di kedai haji samuri

21. jom makan nasik yang tak diperbuat daripada beras

22. jom menabur bijih besi di depan halaman encik sukiman

23. jom mengagihkan kulit kerang kepada asnaf penerima biasiswa

24. jom cari gali petroleum dalam lubang idung pijit

25. jom telepon operator tanya cara nak gosok gigi

26. jom temankan aku beli lettop kat kebun pisang

27. jom memburu iguana di padang bola

28. jom mencari kangaroo di dalam akuarium

29. jom mencukur bulu kening ikan bawal

30. jom main badminton dalam kapal selam

Sempena bulan jun yang bakal tiba tak lama lagi, cukup lah dulu 30 cadangan aktiviti ni mewakili 30 hari yang terdapat dalam bulan jun. Semoga anda dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Cuba gunakan kaedah cuba jaya dan rumus y=mx+c. insyaAllah biiznillah kebosanan anda melalui hari-hari minggu yang biasa-biasa aje itu akan hilang. Anda semua akan terasa perbezaan dan kelainan dalam hari minggu anda. Ia akan lebih memberi makna dan kenangan yang sangat indah dalam kehidupan kita.

Selamat berhujung minggu ya!


Ini pun salah satu aktiviti hujung minggu juga. Menternak kamben dalam wad icu. wuwuwuwu (T_T)

There was an error in this gadget