Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 28, 2010

The 21 Things I Hate About Durian and The 3 Damaged Ballots @ PRK

Posted by The Pamiesz® | Thursday, January 28, 2010 | Category: , | 14 Kata Komenan

Salam aleik.

Muahahaha. Tentibe gelak. Rasa macam nak tampor lutut laju-laju. Punya lama tak hapdet sampai punya banyak perubahan yang dah jadi kat sekeliling ni. Banyak benda yang berlaku cumanya aku je yang tak sempat nak kabo kat korang semua. Dalam aku tak hapdet ni pun korang bukak jugak ye blog aku? Aku ingatkan aku senyap lama-lama takde la orang bukak. Tengok still sama jugak lagi average 100 visitor per day. Apa yang korang tunggu sebenornye ni ha? Tunggu aku bubuh gambor nikah aku ke? Hahaha.

Oke la oke la. Sekarang aku bagi live update tentang status life aku sekarang.

Pertama:

Mouse PC ni dah nam jahanam. Sekarang ni aku guna biawak untuk ganti mouse ni. Pegang-pegang rasa macam menggerutu-gerutu je. Ala, macam kulit katak puru tu la. Dahla biawak ni suka mengeliat sana sini. Tanak lekat plak ngan USB nih. Aku pakukan ekor ko kat meja computer ni kang baru tau.

Kedua:

Keyboard aku dulu yang dah tak nampak hurup tu dah pun bertukar kepada keyboard baru yang murah dan berkualiti dan yang penting takde bekas-bekas habuk mesir. Keyboard berhabuk mesir tu dah aku exportkan ke bilik guru untuk aku jadikan Arabic keyboard untuk aku wat keje-keje kat netbook baru aku.

Ketiga:

Dah tersebut dah pun kat atas tu. Aku dah ada netbook asus baru sejibik untuk memudahkan PnP berjalan di sekolah. Err, PnP tu ape ek? Pesbuk n Permainanonline laaa. Hahaha.

Keempat:

Kamben aku dah semakin diminati ramai. Dah beberapa orang cekgu dan ustat dah yang tanya suruh aku jual kamben ni kat diorang. Err, takde binatang lain ke nak buat aqiqah selain BEX? Daging BEX manis ekk?

Kelima:

Aku dah ada dua rumah dah sekarang ni. Tapi rumah baru yang satu lagi tu masih lagi berstatus rumah hantu. Penuh dengan spiderman, batman dan jugak cicakman tak lupa juga suparman suparjo.

Keenam:

Anak-anak murid aku dah pandai mengamuk bila aku tak datang kelas tusen dorang.

Ketujuh:

Rupa-rupanya aku dah sebulan kerja kat SARJANA. Haram takde pape cerita pun pasal tempat kerja baru aku kat dalam blog ni kan? Hahaha. Nampak sangat aku cekgu berdedikasi sebab kerja sampai takde masa nak update blog.

Kelapan:

Aku dah 3 hari tak punch card sebab card aku rosak dan kak dariah yang in charge bahagian card ni pun dah 2 hari tak datang. Mintak-mintak jangan la pengetua ingat aku 3 hari ponteng keje. Aku masih lagi mengekalkan rekod bersih punch card tanpa kaler merah selama sebulan ni oke. Datang sebelum pukul 7.30 dan balik lepas asar. Maleh nak kabo yang aku memang cekgu yang berdedikasi. Hahaha.

Kesembilan:

Anak murid aku ramai yang kuat tido dalam kelas. Adakah benar pepatah yang mengatakan ‘guru borek anak murid rintik’?

Kesepuluh:

Pasal ape aku tak boleh nak jadi garang bila dalam kelas ha? Aku dah ugut budak-budak ni macam-macam dah. Denda berdiri atas kipas syiling la. Pusing bangunan blok dengan menjunjung locker asrama la. Jemur di tengah padang yang panas hingga jadi ikan kering la. Pusing kawasan satu sekolah sampai sekolah tu berpusing dan berpindah tempatnya ke sebelah rumah aku la. Ish, pendek kata macam-macam la yang aku ugut. Tapi sudahnya apa yang aku buat bila budak-budak ni buat hal, hanyalah tergelak dan sikit pon tak marah. Woih, camne nak jadi garang woih. Ajor la aku. Kalo kome tanak ajo kang aku majuk sambil nyuruk-nyuruk belakang pintu kang.

Kesebelas:

Cekgu-cekgu di luar sana, apakah yang anda lakukan pabila pelajar anda tidur semasa anda sedang mengajar? Guess what I did?

Keduabelas:

3 orang pelajar yang duduk di line belakang nampak nyenyak sekali tidornye walaupun aku dah menguatkan suara menerangkan tentang mudhaf dan mudhafun ilaih kaza wa kaza keda wa keda hilwah awi awi sawi ngan kubis dah habis blablabla. Lalu ku dapati takde langsung tanda-tanda mereka nak bangun solat subuh. Jadahnya solat subuh tetengahari dalam kelas? Lalu aku pun meletakkan jari telunjuk di tengah bibir dan mengisyaratkan kepada seluruh pelajar yang lain. Shhhhhhh..diam-diam.. Lalu terjengket-jengket bagai main jongkang jongket halimah jongang kaki aku melangkah ke belakang kelas sambil merapatkan kedudukan aku betul-betul di belakang kerusi diorang. Tiba-tiba… atau dalam bahasa orang muda mudi.. tentibe… aku menjerit dalam nada gelabah dan kelam kelibut!

“WEHH BANGUN WEHH USTAT DATANG WEHHH!!”

Hahahaha. Dengan mata yang merah-merah diorang terjaga sambil mengelap ayor lior basi dan tersipu-sipu malu. Ingatkan member sekelas yang buat kecoh. Rupa-rupanya makhluk berjambang perang ni yang buat huru-hara.

Ketigabelas:

Budak pompuan lagi kuat tido daripada budak laki. Ini fakta bukan auta.

Keempatbelas:

Sorang budak pompuan TERtido masa aku tengah mengajor jugak. Aku gunakan perkataan TER sebab aku tau dia tak sengaja. Ceh, kalau laki yang tido, denda tak hengat alam. Kalau pompuan, ter la di la meng la peng la macam-macam la imbuhan yang keluor.

Tengah sedap-sedap aku syarah hadis basmalah dan hamdalah, aku terperasan yang dia tengah tido. Nasib baik tak berdengkur. Kalau tak mesti aku dah keluarkan hempon dan rakam bunyi dengkur tu selama 3 minit dan setiap hari akan replay balik bunyi yang menenangkan tu macam yang aku pernah buat sebelum ni kat **** [nama mangsa wajib distarkan demi menjaga maruah keluarga dan pihak yang terbabit. hahahaha]

Aku yang sedang asyik bersyarah berhenti seketika di sebelah budak yang tido tu dan terus bersyarah. Nampak gayanya memang macam takde harapan terjaga budak ni. Lalu dengan tiba-tiba atau dalam gaya bahasa mat rempit, jengjengjeng… aku senyap. Pastu aku tengok budak tu dengan muka buat-buat garang yang mana aku yakin muka aku masa tu macam muka orang tengah tahan berak. Lalu jiran sebelah budak tu yang aku rasa dia pun takut tengok muka garang aku ni senyum-senyum lalu mencuit jirannya yang sedang lena diulit mimpi.

Sebaik sahaja budak tu terjaga dengan muka blur dan line7 penuh di pipi, [eh korang tak perasan ke point ke pat belas ni dah agak panjang dah ni. Dah masuk perenggan keempat dah ni. Hahaha.] aku pun pantas berdiri di sebelahnya dan bertanya dengan nada suara separuh berbisik:

“mimpi apa tadi? Ada mimpi saya tengah mengajor tak?”

“dah dapat wahyu dah?”

“awak nak pegi basuh muka ke atau nak saya tolong basuhkan ngan air paip bomba?”

“blah la tido tak ngajak.”

Sebenornye aku pun tak ingat apa aku cakap kat budak tu. Wakakakaka. Tapi almafhumnya lebeh kurang cam dialog kat atas ni jelah. Bukan sorang dua yang tido. Banyak kali dah. Dah macam-macam jenis ayat dah aku taburkan kat birai-birai cuping telinga dorang yang tertutup kemas dengan tudung labuh tu.

Kelimabelas:

Sorang bekas pelajar sekolah berasrama penuh mesej aku dan berkata: standard la budak asrama memang selalu macam tu. Ada je peluang memang kelas la jadi tempat paling sedap untuk tido. Err, aku tak tau. Betul ke tak tu korang yang budak asrama jawap la seniri. Aku bukan budak asrama. Asmara lagi la jauh panggang dari ayam Kenny rogers.

Keenambelas:

Outsider tak dibenarkan untuk masuk ke area bilik guru lelaki. Barang siapa yang masuk termasuk la cekgu-cekgu pompuan maka tahanlah telinga kerana mereka bakal mendengar jeritan-jeritan seperti

“WOOIIIHHH! ORANG LUOOORRR!”

Begitu jugak guru-guru lelaki sendiri yang berani membawa atau mengajak masuk pelajar ke area meja guru, maka tahanlah telinga kerana guru laki tu seniri pon bakal mendengar jeritan seperti

“DIA BAWAK MASUK ORANG LUOOORR!! KECAM DIAAA!!”

Hahaha. Kalau tentiba pengetua yang masuk aku tak tau la dorang nak bersuara macam ni ke tak. Penin jugak ostat-ostat dan cekgu-cekgu nih. Hahaha.

Ketujuhbelas:

Aku rasa ni la suasana tempat kerja paling best yang pernah aku rasa. Enjoy dan semua sekepala a.k.a masuk ayor macam aku gak kot. Err, rasanya aku la yang paling kering ayor kot. Hahaha. Bebudak pun baik dan sikoh takdela payah aku nak mengejor sampai ke dalam estet nak cari budak yang ponteng solat ngisap dadah melayan pil dan menunggak botol arak. Jenayah paling berat pun yang bebudak ni buat.. adalah… menyimpan mp3. puh.. simpan mp3 macam simpan dadah beb.. sorok atas syiling dewan besoo tuuu.

Rakan sekerja kat sini pun semua ok belaka. Layan syai arusah sama-sama sambil cerita pasal bidaah itu bidaah ini tak paham itu tak paham ini. Jap jap. Bila pulak amin mengembangkan fahaman muniandi dia kat sekolah aku ni haa? Asik tak paham jer..

Kelapanbelas:

Aku nak pesan kitab kat kengkawan kat mesir. Sapa yang sudi nak tolong aku? Kalau takde sapa yang nak tolong aku nak guna duit ni buat beli seat bucket recaro. Hahaha.

Kesembilanbelas:

Baru je lepas selesai merait 40 kertas ujian kelayakan pelajar tahfiz tingkatan 1. Budak-budak ni pergi bantai tulih surah Al-Fatihah pakai khat sambung-semua-hurup-ikut-sukati-lutut-dorang jer. Penat aku nak mikir nak bagi markah ikut mane. Satu ayat tu semua huruf dia sambung. Kalauruminyetumacamnilacontohayatyangditulihdekbebudakniha. Bayangkanlah surah Fatihah dengan huruf hijaiyah yang disambung macamtu. Fuh, seronok membacanya. Err, sebenarnya seronok memangkahnya. Hahaha.

Paling menarik sekali, dengan penggubal soalannya sekali mabuk. Ada 1 soalan ni sangat menarik sampai buat aku penin-penin muntah-muntah dan pregnant nak mikir jawapan dalam kebun kelapa sawit sambil jaga checkpoint merentas desa.

Soalan: berapakah bilangan huruf ikhfak syafawi. Sebutkan 6 huruf daripadanya.

Bila masa pulak ikhfak syafawi ada banyak huruf? Hurufnye 1 jelah. Huruf ba.

Nasib baik bukan aku yang ambik periksa ni. Kalau aku yang jadi candidate mesti aku jawap macam ni:

Ikhfak syafawi ada satu huruf. 6 huruf daripadanya pula adalah:
1. ba
2. ba
3. ba
4. ba
5. ba
6. ba

40 kertas yang aku rait, buat masa ni takde lagi yang bagi jawapan macam ni. Maknanya dorang masih belum cukup genius untuk ganti jawatan aku sebagai pakar perepek tapi benar. Hahaha.

Keduapuluh:

Currently sedang dan perlu merait 40 orang pelajar X 3 kelas punya buku latihan = 120 keping buku latihan pelajar sekolah. Oh, kadang-kadang aku baru terperasan bahawa aku ni seorang guru. Ingatkan job aku ni pembaca ‘meeter’ yang kerjanya meeting je. Hahaha.

Keduapuluhsatu:

Aku tau sekarang ni kampus-kampus tengah hangat dengan PRK. Disebabkan itu maka dengan ini dengan bangga dan kembang lubang telingenya aku mempersembahkan beberapa keping gambo ketika berlakunya PRK zaman muda-muda aku dulu.

Berakhirlah sudah diari ringkas ini. Inilah semua 21 things I hate about durian. Sekian, selamat berjoli dengan gaji di awal bulan. Cepat-cepatlah habiskan duit dan berlapar makan meggi dan roti kering starting from tengah bulan. Selamat beramal!


GALERI UNDI ROSAK PRK KUSZA 2005
______________________________

[undi rosak ke.. aku rasa undi ni bukan tahap rosak dah ni.. dah sampai tahap jahanam dah ni.. hahaha]

apakah logiknya diletakkan kotak kosong kat situ dan manila kad besar bertulis "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA" fuhh.. nasib baik la aku cukup genius dan kreatif untuk memahami makna tersirat disebalik misteri election ketika itu. mengundi dalam kotak! yesss!! kompem undi aku adalah rahsia.. takde sapa yang boleh nampak termasukla CCTV mahupun satelit ataupun Aria eagle eye ataupun Echelon walau hebat mana conspiracynya ataupun blablabla..

pet.. boleh tak kitorang ngintip undi ko? ko undi sapa pet? mawi ke? takkan ko sms afundi pun kene masuk dalam kotak?

oss pet nak ngintip undi ko oss.. biar aku tolong tutupkan dari pandangan mata pet yang menggoda tu. hahaha.

dengan lafaz bismillah.. aku yakin ini adalah undi rosak yang bakal memeriahkan peti undi yang sangat cantik dan berseri-seri tu. hahaha.

muka bangga kali pertama mengundi. tanda kertas undi pun tak reti. orang lain sume pangkah, dia pegi bubuh tanda rait pastu bintang pastu hash pastu calon yang dia tak suka dia kutuk-kutuk dengan kata-kata pujian kat atas bawah kiri dan kanan nama calon. sah la kan kertas undi yang macam ni? wakakakaka.

yang ni tak tau la aku nak kata dia teruja ke eksaited ke sate ke ape ke.. yang penting gaya selenge menjadi pilihan ketika berposing memasukkan undi. idup osni! jangan lupa baca doa naik kenderaan ye!

Keduapuluhdua:

Babaaaaaiii~ nak tido dah. Topik usrah bentang lain kali la. Aku dah mengantuk ni. Besok nak sambung rait buku lagi lapan juta ratus kalimah ni.

Dah lama tak ingatkan korang dan diri aku sendiri..
Jangey lupo deh.. senyum sokmoo~
Jangey masey-masey mace kencingmasey..
(^_^)

Monday, January 18, 2010

Hadith For The Day : #4 : Tiket Free Nak Masuk Syurga

Posted by The Pamiesz® | Monday, January 18, 2010 | Category: , | 9 Kata Komenan

Huuuaaarrrggghhhhh~ *histeria tentibe*

Lamanya tak update blog. Asyik merapu kat dalam “mukabuku” je. Sekarang ni Amin pun dah jauh merantau dalam hutan maka kurang korem dah la ahli-ahli yang nak menghuru-harakan “wajhukitab” punye dinding tu. Aku harap dia cepat-cepat masuk line tenet dan boleh online dengan laptop Compaq barunya tu agar fahaman mazhab muniandi dapat terus disebarkan dalam facebook. Hahaha.

Hari ni nak cerita pasal ape? Pasal kahwin boleh? Tak boleh? Lantak la, ni blog aku. Kalau korang kata tak boleh pun, aku update jugak, apa korang boleh buat? Hahaha.

24 jam habiskan masa kat mukabuku, facebook, wajhukitab, nandreacciamma, wailaitong, dunggahubbertu, atau apa-apa jelah yang sama makna dengan facebook dalam 1001 bahasa yang ada kat dunia ni. Itu bukan cara hidup yang Islam nak. Islam suruh kita menggunakan masa untuk meningkatkan prestasi kerja dan sentiasa melakukan perkara berfaedah yang dapat meningkatkan amal islami. Yang dapat menjadikan kita dapat memberikan sumbangan dalam dakwah islamiah.

Aku cakap kat korang, aku kat dalam bilik guru pun main fesbuk. Hahaha. Sekali-sekala boleh la. Jangan la sampai addicted. Benda yang hukum asalnya harus pun boleh jadi haram.

Aku main fesbuk untuk rapatkan ukhwah silaturrahim dengan kawan-kawan lama. Yang dah lama terpisah, yang dah berbelas tahun tak dengar khabar. Ada kawan-kawan yang beberapa saat lepas add aku punye profile kat situ, terus tagged gambar kad jemputan kenduri kahwin. Waaaah, dah la sekian lama tak jumpa, sekali dah jejak kasih, terus dapat hadiah paling bernilai. Jemputan makan nasik minyak. Itu yang boleh buat aku jadi stress tu. Hahaha. Sorang demi sorang buat masjid. Aku ni asyik buat reban ayam je. Bila nak tegak masjidnye?

Takpelah kot, Masjid Taqwa Kampung Padang Tembak ada. Yang itu pun kadang-kadang maleh-maleh nak pergi. Hahaha. Teruk..teruk.. ish ish ish..

Hari ni kita belajar hadith lagi lah ye. Kalam Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam yang telah mengajarkan kita untuk memahami Islam yang sebenar. Kalam yang mengandungi hikmah yang sangat banyak serta sangat meraikan fitrah dan naluri manusia sebagai hamba yang hidup di mukabumi ini. Nabi ajarkan kita tentang Islam sangat cantik. Cuma tinggal kita je nak atau tak nak praktikkan.

Tapi tu la kan, kebanyakan perintah Allah hanya tinggal perintah. Mana ada manusia nak ambik cakne sangat. Mana ada manusia nak ambik tahu sangat. Pastu nanti dah masuk neraka baru la nak tanya kat Allah, nak mintak balik hidup kat dunia nak beramal itu nak beramal ini nak tutup aurat nak solat nak bersedekah nak bayar zakat. Masa tu Allah jawap mintak mahap laa.. Aku dah bagi banyak masa dah kenapa ngkome buat tak tau je segala perintah Aku masa tu? Nak kata tak sampai dakwah, Nabi Aku dah utuskan, para ulama dah berbuih-buih mulut bercakap, ustaz ustazah dah sehabis usaha terangkan hukum itu ini, daripada zaman sekolah lagi dah pesan itu ini, plus mak ayah pulak lagi didik dan ajar tentang agama itu ini, tapi akhirnya lepas kita bebas dari kongkongan guru, lepas kita bebas dari kongkongan ibu bapa, kita pun buat hukum agama ikut sedap hati kita je. Kita tak ikut jugak perintah Allah.

Rasa-rasa macam solat leceh, tinggal. Rasa-rasa macam tudung merimaskan, bukak. Rasa-rasa macam cantik sangat nak tarik perhatian lelaki, dedah sana sini tayang body situ sini pakai ketat-ketat sampai nampak bentuk badan. Rasa-rasa macam tak suka dengan orang itu ini, umpat caci maki keji sihir pedajal. Dah diri sendiri yang pilih untuk buat macam tu, kat akhirat nanti jangan cakap banyak la kan. Masa tu tak ada orang lain dah la yang kita boleh nak nisbahkan punca kesalahan melainkan diri kita sendiri yang memilih kecelakaan untuk diri sendiri kan…

Haih.. banyaknya benda nak kena koreksi dalam masyarakat Islam sekarang ni. Memang tak ada masa sebenarnya nak duduk rehat-rehat. Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Untuk hadith hari ini, lebih praktikal untuk dilaksanakan oleh para wanita. Maka untuk para pembaca blog ni yang rasanya lebih banyak perempuan kot daripada lelaki, silalah ambil perhatian.

عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها ادخلي الجنة من أي أبواب شئت

Daripada Abdul Rahman bin Auf Radhiyallahu anhu telah berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam telah bersabda:
Apabila seorang wanita itu:
1. melaksanakan solatnya yang 5 waktu,
2. melaksanakan puasanya pada bulan ramadhan,
3. menjaga kemaluan dan maruahnya,
4. dan sentiasa taat kepada suaminya,
maka kelak akan dikatakan kepadanya: “masuklah kamu ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki”

Hadith Riwayat Ahmad dan Al-Tabrani

4 TIKET FREE UNTUK MASUK SYURGA

Tiket #1 : LRT stesen SOLAT


Ramainya perempuan yang acuh tak acuh dengan solat mereka. Mentang-mentang la korang ada waktu uzur yang dibenarkan oleh syarak untuk korang cuti, dah ada time cuti, korang lebih-lebih pulak ambik MC tak bertauliah. Time isthadhah pun berapa ramai yang tak solat sebab ambik cakne lebih kurang je. Janji ada darah, tak payah solat. Kalau macam tu aku pun banyak kali la boleh tak solat minggu ni sebab darah haid keluar ikut hidung aku sekali dengan hingus-hingus istihadhah. Kan? Dah tu kata janji ada darah je tak payah solat. Senang sangat la macam tu. Aku pun boleh kan.

Sebab tu la Allah boleh bagi tiket free pada wanita yang jaga betul-betul solatnya. Sebab susah sebenarnya untuk seorang wanita ni nak jaga benda-benda macam ni. Bagi yang betul-betul nak jaga je yang ambik tahu betul-betul tentang waktu boleh atau tidaknya dia untuk solat. Bagi yang acuh tak acuh, jadual haid dia sendiri pun kadang ingat kadang tak.

Korang dah la kurang waktu ibadahnya pada Allah. Maka, waktu yang ada sikit untuk boleh beribadah tu, jaga dan guna la sungguh-sungguh. Itu pun nak kena peringatkan ke? Korang ni umur 3 tahun ke 30 tahun? Dah berapa juta kali ustaz ajar masa sekolah rendah dan menengah haaa? Huh. Patut la pun korang tak ingat. Masa subjek agama korang buat homework matematik yang tak siap. Sebab cikgu math lagi garang daripada ustat kan? Kira memang patut la masa tu korang tak ingat yang malaikat zabaniah tu lagi garang masa nak campakkan manusia masuk dalam neraka…

Nak pahala free tak? Para ulama mengeluarkan hukum bahawa ketika seorang wanita itu haid, SUNAT baginya untuk berniat dalam hati dengan niat begini:

“kalau aku tak uzur masa ni nescaya aku akan melaksanakan solat”

Senang kan? Tak perlu usaha tak perlu kederat dan tenaga yang banyak. Hanya niatkan dalam hati yang kita memang sentiasa nak solat kalau boleh. Cuma ada penghalang syar’ie yang menghalang maka kita dengan patuh dan taatnya menurut perintah larangan Allah tersebut. Tu la tandanya hati kita sentiasa ingat pada Allah. Free-free je dapat pahala kalau niat camni. Jeles pulak aku sebab aku memang tak ada chance la nak dapat pahala free ikut toriq ni. Walaupun darah haid atau nifas keluar ikut hidung aku sekalipun, aku tetap tak boleh ponteng solat. Takpelah, aku cari jalan pahala ikut jalan lain. Ternyata ini jalan untuk korang. InsyaAllah, tiket untuk korang masyuk syurga free senang-senang je korang dapat kalau korang jaga betul-betul bab solat ni.

Tiket #2 : Monorel stesen PUASA


Stesen kedua untuk korang dapatkan tiket masuk syurga free adalah di monorel stesen PUASA. Macam biasa la kan. Yang ni pun special jugak Allah bagi kat orang perempuan. Orang lelaki macam yang kita dah tahu sebelum ni memang suka mengandung tapi tak suka melahirkan anak sampai la dia mati dikandungnya anak tu dek kerana kasih sayang yang memang teramat sangat kepada anak yang dikandung itu.

Ini berbeza dengan orang perempuan yang terkadang sebulan penuh tak dapat berpuasa kerana mengandungkan anak, melahirkan anak, ataupun risau akan anaknya yang tak mendapat susu yang secukupnya kalau maknye berpuasa. Maka mereka ini diberikan rukhsah untuk tidak berpuasa.

Tapi… ada tapi la kan. Tak macam solat, orang perempuan boleh cuti tak payah qada. Puasa ni lain. Korang wajib qada. Jadi, bukan senang jugak sebenarnya kan. Kitorang yang laki ni pun nak qada sehari pun rasa malas-malas. Faham-faham je la. Puasa masa bulan selain dari ramadhan ni kene mujahadah lebih sikit. Sebab orang keliling kita semua makan kan. Setan-setan pun berleluasa terlepas sana sini tak berikat. Jadi, korang yang perempuan, tentunya lebih lagi kena mujahadah. Maka dengan sebab tu lah Allah anugerahkan kepada mana-mana perempuan yang bersungguh mujahadah menjaga puasanya akan dapat masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Tiket #3 : KTM Komuter stesen JAGA MARUAH


Maruah diri seorang wanita merupakan suatu perkara yang perlu dijaga. Wanita sangat mulia di sisi Islam. Dulu, amalan jahiliyah yang tidak membenarkan anak perempuan hidup dan dibunuh serta ditanam hidup-hidup telah dihapuskan oleh kedatangan Islam. Amalan yang menganggap wanita adalah sial dan membawa nasib malang adalah sama sekali tak dipersetujui oleh Islam. Ini bermakna datangnya Islam dan segala syariatnya telah meningkatkan darjat wanita dan hukum hakam yang terbit dari syariat Islam adalah untuk menjaga wanita dan maruah mereka dari pelbagai sudut.


Tapi kini kita dapat lihat kebanyakan wanita akhir zaman telah meletakkan diri mereka sendiri di tahap yang rendah. Mereka sendiri yang telah merendah-rendah dan menjadikan kedudukan mereka hina dan layak untuk dikeji dan dikatakan sial. Sedangkan mereka hakikatnya adalah kaum yang Allah muliakan dalam dunia ni.

Susah sangat ke nak pakai tudung ek? Susah sangat ke nak pakai baju longgar dan lengan panjang ek? Panas ye? Sanggup ke nak tahan panas api neraka kat akhirat nanti? Tahan la kejap panas kat dunia ni.. habis-habis lama pun 70 tahun 80 tahun je. Kesian la kat korang kalau kena tanggung panas api neraka yang berjuta-juta kali panasnya api dunia tu kalau korang tak dapat sabar dalam tempoh masa 70-80 tahun ni. Kat sana kene bakar kena tahan panas untuk selama-lamanya. Kesian sangat kat korang. Panas kejap kat dunia ni korang boleh mintak tolong kawan kipaskan korang. Tapi kalau panas kat akhirat nanti nak mintak tolong kat siapa? Kat Allah je la boleh mintak tolong kan. Tapi nanti mesti rasa malu nak mintak tolong dengan Allah sebab kat dunia kita tak ikut pun apa Allah suruh kan.. Jadi, aku nak mintak tolong dengan korang wahai para wanita sekalian, tolonglah kesiankan diri korang sendiri.. tolong ek? Pleaseee….

Kerana wanitalah, lelaki-lelaki menjadi kuat dan jitu peribadinya dan mantap keimanannya. Kerana wanita jugalah, lelaki-lelaki menjadi goyah dan runtuh iman serta menjunam jatuh peribadi mulianya. Jadi, korang pilihlah sendiri nak jadi wanita yang Allah muliakan ataupun nak jadi wanita yang menghina dan mengsialkan dirinya sendiri dan orang lain.

Janganlah cepat sangat nak bagi body kat lelaki. Janganlah cepat sangat nak menyerahkan jiwa raga hanya sekadar setelah bertitle “balaks dan aweks”. Ini bukan cara hidup Islam. Ini cara hidup barat dan yahudi laknatullah. Seks dijadikan matlamat hidup. Apabila perkara dilakukan suka sama suka maka itu tidak lagi bercanggah dengan hukum agama. Ini semua fahaman yang sangat jauh menyimpang dari agama kita.

Maruah wanita dieksploitasi. Tubuh badan wanita dijadikan bahan tayangan dan bahan pemuas nafsu mata. Iklan-iklan TV, drama-drama, termasuk berita dan dokumentari, semuanya menggunakan wanita dan asset utama mereka iaitu bonggolan dada dan buntut yang menggoda.

Pelakon-pelakon yang berwajah cantik dan suka akan kontroversi mendedah sana sini akan lebih diminati berbanding budak kampung yang tak mahu menanggalkan tudung ketika berlakon dan hanya memilih scene-scene tertentu yang dirasakannya tak menyalahi syarak.

Wanita-wanita pejabat, termasuk guru-guru yang pergi ke tempat kerja dengan berhias dan bertabarruj melampau-lampau, untuk siapa sebenarnya korang berhias? Untuk siapa korang nak tayangkan kebaya belah sampai ke peha tu? Pada siapa korang nak tunjukkan wajah bermekap tebal 18 inci lcd screen tu? Untuk ditatap oleh bos? Untuk diperhati dan dinikmati oleh pelanggan? Untuk meningkatkan prestasi syarikat? Kat rumah dengan suami korang tak pun berhias macam korang berhias nak pergi business dinner kat hotel dengan VIP. Sedangkan suamilah insan yang paling layak dan terlebih layak untuk menikmati semua itu. Suami lah VVVVIP paling besar dalam hidup isteri sebenarnya.

Inilah antara benda-benda yang menjatuhkan maruah wanita sedangkan kebanyakan wanita tidak menyedari dan mengetahui. Disebabkan itulah, wanita yang benar-benar mampu untuk menjaga maruah diri, Allah kurniakan kelebihan untuk memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Tiket #4 : Bullet Train stesen TAAT SUAMI


Ini benda yang kita boleh cakap jugak tapi melaksanakannya tak lah semudah mulut berkata-kata.

Macam yang aku cakap kat atas tadi. Sebenarnya status seorang suami bagi seorang isteri adalah VVVVVIP. Very very very very very IMPORTANT person. Layanan special kene bagi setiap masa. Tapi rasanya kebanyakan daripada isteri akhir zaman ni banyak yang menjadikan suami-suami mereka sebagai VVVVVVVVVVVVIP. Very very very very very very very very very very very very IRRITATING person.

“Menyampahhh aku tengok muka dia ni hari-hari. Dah la besday aku pun tak ingat, balik-balik rumah je tau-tau duduk menyandor mintak kopi. Tak paham ke aku pun penat kerja kat pejabat tadi??”

“Laki aku ni dah la busuk. Malas pakai deodorant. Pakai perfume pun badan bau ekor lembu. Peluh dia bau taik biawak. Daki dia macam lumut celah kolah yang 4 tahun tak basuh. Kome kenal tak laki aku sape? Nizam kambing la…”

“Apasal saya tengok muka abang macam bab* je haa? Saya benci la tengok abang.”

“Abang, jiran kita sebelah umah baru beli sofa baru. Bila kita nak beli sofa ni. Kenapa abang miskin sangat. Benci la macam ni. Saya tak bahagia la jadi isteri orang miskin.”

“Abang ikutkan sangat cakap mak abang tu. Tak payah la sikit-sikit nak balik rumah mak. Kalau abang balik lagi rumah mak, saya malas nak layan abang malam-malam.”

“Tak boleh ke kita makan kat luar je hari-hari bang? Saya tak reti masak la. Tak suka la masak-masak ni. Nanti kasar la tangan saya yang lembut bak baby johnson ni.”

Seorang isteri sepatutnya taat kepada suami dalam apa jua perkara dan arahan yang diberikan oleh suami selagi tak ada unsur-unsur penderhakaan kepada Allah, selagi tak ada unsur-unsur kemaksiatan kepada Allah.

Kalau suami tak suka, walaupun perkara tu halal untuk dilakukan, maka seorang wanita perlu taat kepada suami. Misalnya, suami tak suka isterinya bekerja. Dia tak redha jika isterinya bekerja. Maka, haramlah hukumnya bagi isteri tersebut bekerja walaupun pada asal hukumnya harus bagi seorang isteri untuk bekerja.

Tapi kalau perkara itu haram untuk dilakukan, walaupun suami suka dan redha, seorang isteri tak boleh untuk menurutkannya dan taat kepadanya. Dalam urusan ini, ketaatan kepada Allah lebih utama.

Tapi kan, suami diorang ni pun satu kengkadang dayus jugak. Bongok tak bertempat.

“U sebok apa I nak pakai seksi-seksi macam ni? Suami I yang belikan I baju ni dia suruh I pakai. Dia suka tengok I pergi pejabat macam ni. Kalau dah suami redha dan suka, U all kesah ape?”

Itu memang suami paling bangang dan isteri paling bongok pernah aku jumpa kot. Kalau dah suami belikan baju seksi macam tu, pakai jelah kat rumah. Pakai untuk suami tengok dah la. Yang pergi pakai untuk tayang-tayang kat orang ramai, tayang-tayang kat lelaki ajnabi entah mana-mana punya lelaki tu nak buat hapeee? Karang kalau kena rogol marah pulak. Kalau bini ngkome asyik pergi dinner dengan bos kat merata-rata hotel, tak dayus lagi ke macam tu? Tak tau la kalau ngkome boleh redha bini ngkome buat macam tu kan.. Aku idak le..

Suami pun kadang-kadang tak beragak gak. Dah tau ada power sebagai seorang suami, dah tau syurga isteri duduk bawah tapak kaki suami, diperhambakan pulak isteri tu macam hamba abdi. Yang tu tak kena lah tu. Nak isteri taat, tapi suami sendiri macam tak ada peri kemanusiaan. Rimau jadian ke hape?

Bertolak ansurlah. Tapi bukan dalam urusan kemaksiatan. Kalau nampak bini keluar ampaian sidai kain tak pakai tudung, dah nasihat 5 6 kali pun sama jugak, jangan cakap banyak. Ambik je playar kopak je kuku ibu jari kaki ngan tangan dia. Tak pun celupkan tangan dia dalam akuarium ikan piranha. Kalau nak best sikit guna playar tu tarik keluar usus dia sampai 5 kilometer panjang. Huh, thriller gile. Hahahaha. [pengaruh movie dalam kehidupan seharian. Sekian dimaklumkan.]

Maka, untuk mendidik hati untuk ikhlas mempersembahkan segala khidmat kepada sang suami ini adalah satu perkara yang tidaklah semudah berkata indah terus dapat melaksanakannya. Ini juga merupakan satu jihad yang mana terkadang si isteri terpaksa berhadapan dengan situasi dimana dia perlu memilih untuk mengenepikan perasaan dan emosi diri sendiri semata-mata untuk memenuhi ketaatan kepada suami.

Bersabarlah menghadapi karenah suami yang memang macam-macam ragamnya. Sesungguhnya kesabaran yang sedikit yang bersifat sementara tu akan Allah ganjari dengan ganjaran yang lebih besar malah sangat besar di akhirat kelak iaitu hak untuk memilih pintu syurga yang mana yang ingin dimasuki. Syurga adalah sebesar-besar nikmat yang diidami oleh semua orang. Kuatkanlah keimanan kita terhadap hari akhirat dan hari kiamat dimana Allah menjanjikan balasan syurga bagi mereka yang bertaqwa dan juga neraka bagi mereka yang engkar dan tidak mahu bersabar dengan ujian-Nya.

Tiket #5 : Tiket Pree Naik Kamben BEX


Kalau nak dapat tiket pree yang ni, cepat-cepat la contact aku lepas tu cakap la dalam telefon dengan salah satu daripada dialog di bawah ini:

“Mie, jom pergi makan kat secret resipe aku belanja ko makan apa yang ko nak. Semua aku bayor. Kalau ko nak aku lantik ko jadi manager secret resipe terus pun boleh.”

“Mie boleh tolong bawakkan aku pergi umah makcik sedara aku tak? Nanti aku bagi hadiah kat ko kereta Honda accord baru sebijik.”

“Mie jom kita pergi jalan-jalan bercuti kat pulau ke kat mana ke, aku support la semua minyak petrol sepanjang perjalanan kita. Bonus sekali aku tambah aku support ganti minyak hitam, air filter, oil filter, spark plug, enjin turbo, full body kit, pasang sunroof, tukar suspension adjustable, sport rim 18”, tayar toyo, blablabla..”

Korang tambah la dialog korang sendiri apa-apa pun. Nanti jawapan yang korang terima antara dua je, samada:

“JOMLAH”

Ataupun

“MALASLAH”

Hahahaha. Tata titi tutu.
Dah habis waktu sekolah dah. Aku nak naik pejabat, punch card dan.. baleeeek laaaaa tunggu apa lagiiii~
babaiii~

(^_^)

Sunday, January 10, 2010

Hadith For The Day : #3 : Husnuzzhan (Lagi?)

Posted by The Pamiesz® | Sunday, January 10, 2010 | Category: , | 15 Kata Komenan

Salam aleik

Kita mulakan posting hari ini setelah lebih seminggu blog ini dibiarkan bersawang, dianaktirikan, diabaikan, dibuatdekkan, diwatdonokan, dilantakkan, ditakjengukkan, ditinggalkan, diwatbodokan, diikutsukahatikoranglahnakkateapekan, dan sebagainya.

Penulis menghadapi beberapa kesukaran sepanjang minggu ini untuk melayan blog dan mengakibatkan tak dapat nak mencuri masa untuk menulis. Ini adalah kerana penulis menghadapi beberapa masalah dan juga sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di tempat kerja baru penulis. Sekolah tempat penulis berkhidmat sebelum ini menjadualkan penulis untuk bekerja di sessi petang. Bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 6.45 petang. Penulis yang sememangnya seorang yang gemar tidur selepas subuh telah terbiasa dengan suasana ini dan ini telahpun memberikan implikasi yang amat besar bagi diri penulis.

Apabila masuk ke sekolah yang baru ini, penulis dijadualkan untuk bekerja seawal 7.30 pagi dan pulang selewat 2.15 petang. Banyak jadual hidup yang telah biasa penulis lakukan hingga telah menjadi tabiat terpaksa dirombak demi menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Penulis tak lagi sempat untuk membaca Al-Quran, membaca hizib bahar dan juga beberapa puluh potongan hadith setiap selepas subuh yang dah dijadikan kebiasaan sebelum ini. Sebaliknya, untuk menyampaikan diri ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi, penulis terpaksa keluar dari rumah paling lewat pun 6.40 pagi. Maka bacaan Quran, hizib dan hadith terpaksa penulis anjakkan untuk dilakukan di sekolah setelah sampai ke bilik guru.

Sekolah yang dahulu menamatkan sesi pembelajaran hampir dengan waktu maghrib. Penulis sempat merehatkan diri untuk solat berjemaah di masjid Al-Aula kemudian duduk mendengar pengajian Ustaz Khairuddin hingga lewat waktu isyak dan kemudian baru pulang berehat di rumah. Berbeza dengan waktu sekolah baru ini. Setelah penat bekerja, penulis terpaksa memandu setengah jam di waktu yang semua orang tahu time tu sedap giler tido. Maka, penulis yang memandu sambil terbayang-bayangkan tilam yang perlu dihenyak itu sentiasa melilau-lilau memandu kenderaan dengan purata 140km/jam demi menyampaikan diri dengan segera ke rumah dan terus mencium bantal busuk yang menanti setia. Dan ini merupakan satu keadaan yang sebenarnya merbahaya untuk diri penulis. Ngantuk weh.. sampai-sampai je kat rumah terus flat.. pancit..

Dalam minggu ini juga penulis telah Allah uji dengan demam selsema yang agak teruk dan kini demam ini telah pun berlarutan lagi hingga naik ke kepala dan juga usus. Penulis merasakan kepalanya macam dihinggapi bom Hiroshima yang telah mentravel through the time hingga tahun 2010 dan akhirnya landing kat kepala penulis. Ini menjadikan penulis lebih banyak berbaring di atas katilnya yang asalnya empuk tapi disebabkan sakit kepala katil yang empuk dirasakan mahu dihempuk-hempuk. Penulis juga mengalami cirit birit dan sembelit serentak. Taik cair tapi susah nak keluar. Best kan? Keji tak statement ni? Hahaha. Penulis merasakan telah banyak dosa yang penulis lakukan hingga mengakibatkan lama pulak penulis terpaksa menanggung kesakitan ni. Kafarah dosa la tu. Lagi pulak penulis memang jenis yang malas nak makan ubat dan suka membiarkan penyakit melarat.

Korang kenal dengan Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu anhu wa ardhah? Seorang sahabat Nabi yang pernah menyertai perang uhud dalam usia yang sangat muda. Beliau pernah mengubati seorang badwi yang sakit hanya dengan membacakan surah Al-Fatihah. Dengan keberkatan Al-Fatihah badwi itu sembuh.

Seorang ulama juga pernah berkata: aku pernah pada suatu ketika menghidap satu penyakit yang tak sembuh-sembuh. Lalu aku mengamalkan surah Al-Fatihah dan dengan keberkatan surah itu dan izin Allah aku sembuh dari penyakit tersebut.

Tapi janganla kita nafikan pulak ubat-ubat dan dadah tu jugak boleh menyembuhkan penyakit. Tu ikhtiar kita. Kita yang berpegang dengan asbab kena la jugak ikhtiar makan ubat sambil berdoa moga-moga Allah menyembuhkan kesakitan. Kita yakin Allah yang menyembuhkan. Maka samada dengan makan ubat, atau dengan berkat amalan membaca surah Al-Fatihah, kita tahu kuasa yang menyembuhkan adalah kuasa Allah.

Habis muqaddimah. Sekarang baru masuk topik asal. Heheh.

Sila lihat gambar di bawah ini dengan teliti sambil membeliakkan bijik mata. Kalau boleh dan berani lagi cuba beliakkan sampai terjojol keluar anak mata.


Hah, apa yang korang nampak?

Okeyy.. sekarang untuk mempraktikkan pelajaran melalui posting yang lalu, sila cuba untuk… HUSNUZZHAN!

“Dia beratur tu nak beli kupon parking kereta la tu..”

“Itu cina tu bukan melayu. Semalam dia kene ujan pastu baju sume basah. Die pinjam baju member dia. Member dia pulak dah takde baju lain so terpaksa la bagi dia pakai 1 sut baju melayu dengan sampin sekali..”

“Sebenarnya mamat tu datang nak kutip sewa rumah kat cashier yang jaga kaunter tu.”

“Dia tersalah pandang.. dia ingat tu kedai jual toto tilam tu. Almaklumla kelam kabut sikit pasal mak mentua dia tetibe nak datang rumah bermalam barang tige pat malam..”

“Dia ingat nak belikan makanan hamster untuk toto..” (Toto adalah nama hamster seseorang. Siapakah orang ituuu? Hahaha.)

“Dia ingat kedai ni ada jual barang-barang sukan.. sports toto kan..”

“Masa tu dia kena pukau. Asalnya dia nak pergi masjid imamkan semayang jumaat tapi ada orang dengki kat dia dan guna-gunakan dia untuk tolong belikan nombor eko. Kesian pak imam..”

Ada siapa-siapa lagi nak husnuzzhan dengan pakcik ni? Sila berbuat demikian dengan menambahkan ayat baik sangka anda di ruangan komen. Saya tahu anda semua memang baik kerana suka berbaik sangka walaupun dah terang-terang tak boleh nak baik sangka. Anda sememangnya suka mempraktikkan apa yang anda telah pelajari dari saya. Saya sayang anda semua. Hahaha.


BERBURUK SANGKA (SUUZZHAN) PADA MANUSIA

Manusia selalu berburuk sangka dengan manusia. Manusia terlalu cepat menghukum itu dan ini terhadap manusia lain yang zahirnya kelihatan seperti bersalah dan berdosa. Manusia terlalu cepat untuk menyalahkan tindakan manusia lain tanpa melihat kepada asbab musabab dia melakukan tindakan tersebut. Itu adalah tabiat dan nature manusia. Suka menghukum.

Namun sedarkah kita, siapakah manusia untuk menghukum manusia yang membuat maksiat itu akan masuk neraka? Siapakah pula manusia untuk menentukan syurgakah tempatnya bagi seorang ahli ibadah yang kuat beribadah sepanjang hayatnya?

Kita hanya ditugaskan untuk menjalankan usaha dakwah. Kita hanya ditugaskan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Kita tak pun pernah disuruh untuk menentukan dosa pahala seseorang. Kita tak pun pernah disuruh untuk melabel neraka kepada seseorang yang lain. Tugas menentukan dosa pahala syurga neraka itu adalah tugas Allah yang tak perlu kita masuk campur. Kita jalankan je keje kita sudah. Jangan lebih-lebih dan melampaui batasan yang Allah dah tetapkan.


“Dia tu dah berapa kali dah aku cakap suruh pakai tudung. Tapi lagi aku suruh pakai, lagi kurang kain yang dia pakai. Sekarang ni dah keluar rumah dengan sekadar singlet dan shorts. Dia tu takleh nak buat kawan la. Jenis ahli neraka ni kang tak pasal-pasal dia tarik aku plak masuk neraka sama dia.”

Err.. ko kompem ke tudung yang ko pakai tu akan stay ko pakai sampai ko mati? Hidayah Allah ni boleh jadi Dia bagi pada yang belum dapat dan boleh jadi jugak Dia tarik pada yang dah sedia dapat. Kan? Nauzubillah lah kita yang dah dapat hidayah Allah palingkan daripada hidayah.

“Sape-sape yang masuk parti X bermakna dia orang ahli neraka.”

Err.. dalam Quran dalam hadith dalam Islam ada sebut ek parti yang menentukan masuk syurga atau neraka?

“Ahli Y yang suka buat bidaah ni masuk neraka.”

Walaupun bidaah hasanah? Masuk neraka?

“Pak Abu tu bukan pernah nampak muka kat masjid. Tak semayang subuh la tu. Tempah neraka la tu. Nasib baik kita ahli masjid. Ahli syurga.”

Err.. tak pergi masjid tu tandanya tak solat subuh ke? Mana lah tahu Pak Abu sakit dan tak ada orang nak bawakkan dia ke masjid subuh-subuh? Dan.. bila masa pulak ada GUARANTEE ataupun JAMINAN KOMPEM yang mengatakan ahli masjid tu ahli syurga?

“Pak Amat tu bukannye nak becampor dengan masyarakat. Sombong la tu. Besok mati la sorang-sorang kat rumah tu takde sape nak tolong kebumikan. Huh.”

Err.. kenapa tak kita yang datang ziarah dia dan ajak dia sama-sama join aktiviti kita? Sebenarnya dia berseorangan tu sebab dia yang menyisihkan diri ataupun kerana kita yang sisihkan dia terlebih dahulu? Ada kita check?

“Dia tu bukan nak join usrah jemaah kita. Melagha jela keje dia tu. Langsung takde bawak kemajuan untuk Islam.”

Err.. adakah nak memajukan Islam ni satu jalan je? Kene ikut usrah semata-mata? Bukankah jalan dakwah tu luas?

“Aku selalu nampak cikgu tu lepak ngan kutu rayau. Nak didik anak bangsa macam mana kalau dah dia pun sama kutu rayau.”

Err.. kalau cikgu tu lepak untuk ajar kutu rayau tu sembahyang dan puasa, cikgu tu dikira kutu rayau gak ek? Tak layak untuk didik anak bangsa. Camtu ke?

“Dulu dia tu suka berzina. Sekarang dah join jemaah A dah berjubah berserban nak tunjuk alim pulak. Sedar la awak tu dulu kaki zina.”

Err.. orang yang Allah dah terima taubatnya layak ke untuk kita ungkit dosa-dosa dia? Dosa kita agak-agaknya dah kompem ke Allah ampunkan ye?

“Dia tu kerja kerani je. Tapi pakai kereta Toyota alphard. Tu kuat makan rasuah la tu.”

Err.. betul ke kita nampak orang tu makan rasuah? Ntah-ntah dia ada tanah pusaka 2000 hektar ke ataupun dia ada business penternakan lembu ke yang support kewangan dia. Pernah kita ambil tahu?

“Jangan amik dia masuk group kita bole tak? Dia tu bodoh. Sekolah pun tak. Nanti group kita takleh maju kalau ada set-set bodoh dalam ni.”

Err.. bukankah yang bodoh dan yang lemah tu yang perlu kita train sama supaya jadi bijak? Kenapa nak sisihkan mereka? Lagipun sebenarnya atas tiket apa kita buat penentuan bodoh dan bijak ni? Atas tiket sijil? Ijazah? Master? 4pointer? Siapa yang buat penentuan bodoh bijaknya seseorang guna sijil-sijil ni maknanya dia lah orang yang bodoh sebenarnya.

“Aku selalu nampak benda-benda la. Aku rasa ni mesti keje Mak Bedah ni. Dia tu kuat menyihir-nyihir orang. Ntah ape serapah dibacanya sampai aku jadi macam ni.”

Err.. cepatnya menuduh orang itu dan orang ini. Solat kita puasa kita amalan kita dah betul-betul kita jaga ke untuk jadi pendinding dari gangguan syaitan dan jin?

“Ustaz tu tunjuk alim tunjuk bagus tunjuk baik plak depan pompuan. Tu menggatal nak kawen lagi 3 la tu. Bini dah ade kat umah anak dah ade 8 dia tak ingat.”

Err.. dia layak kan nak kawin 4? Dia mampu kan? Dia dah cukup ilmu kan untuk poligami dan berlaku adil? Apa masalahnya? Kenapa kita pulak nak sibuk-sibuk?

“Pamie tu suka sangat mencarut dan mengarut kat dalam blog dia. Ustaz hape camtuh. Takde ciri-ciri azhari langsung. Toksah bukak la blog dia tu.”

Err.. aah. Rasanya betul kot. Baik jangan bukak blog dia tu. Serius ni..

Itu hal buruk sangka dengan manusia. Pelik kan manusia ni? Cepat sangat nak menghukum orang itu begini orang ini begitu. Sedangkan dia lupa yang setiap manusia ada aibnya masing-masing kecuali Rasulullah SAW lah. Dia lupa dia sendiri pun ada aib yang tak ketinggalan orang lain juga akan menghukum tentangnya. Jadi janganlah berburuk sangka terhadap orang lain kalau kita nak orang lain berbaik sangka pada kita.


BERBAIK SANGKA (HUSNUZZHAN) DENGAN ALLAH

عن ابي هريرة رضي الله عنه: عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: قال الله عز وجل: انا عند ظن عبدي بي وانا معه حيث يذكرني

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: (( Allah subhanahu wa taala telah berfirman melalui hadith qudsi: Aku menurut sangkaan hambaKu terhadapKu. Dan Aku bersama-samanya ketikamana dia mengingatiKu. ))
Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

عن ابي هريرة رضي الله عنه: عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن حسن الظن بالله من حسن عبادة الله

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: (( sesungguhnya berbaik sangka dengan Allah itu adalah antara ciri-ciri baik dan eloknya ibadah kepada Allah ))
Hadith riwayat Abu Daud, Al-Tirmidzi, Ibn Hibban dan Al-Hakim.

Manusia selalu menyalahkan takdir bila sesuatu yang tak diingini menimpa diri. Sesuatu musibah yang menimpa atau kecelakaan atau apa sahaja yang berlaku berupa ujian yang melanda diri. Maka sesetengah dari manusia mula menyalahkan Allah dan keadilan-Nya terhadap makhluk. Diketika itu, manusia mula berburuk sangka terhadap Allah.

Allah dikatakan tak adil. Allah dikatakan berat sebelah. Allah dikatakan memberi anugerah pada orang lain dan menarik segala ketenangan yang ada pada dirinya. Allah dikatakan memberi kelebihan pada seseorang dan menjadikan kekurangan je yang ada pada diri dia. Allah dikatakan menjadikan orang lain pandai dan menjadikan dia bodoh. Allah dituduh kerana menjadikan orang lain kaya dan menjadikan dia seorang yang miskin. Allah dibelakangkan kerana dia tak dapat perempuan yang dia nak. Lebih teruk, Allah dilabel bukan Tuhan setelah tiba marhalah yang terakhir tiadanya iman terhadap qada dan qadar yang ditetapkan Allah. Wal’iyazubillah.

Siapakah manusia untuk menghukum Allah? Siapakah manusia untuk berburuk sangka kepada Pencipta-Nya?

Kenapa ye.. manusia mula berburuk sangka bila Allah uji dengan ujian yang maha hebat. Manusia mula hilang kepercayaan dan iman bila ditimpa musibah. Kenapa manusia boleh lupa segala nikmat yang Allah dah bagi sebelum daripada musibah itu menimpa lagi? Tiba-tiba bila ditimpa musibah terus Allah disalahkan. Kenapa terlalu cetek sangat iman manusia hingga tak mampu nak bersabar? Kenapa manusia terlalu jahil hingga tak tahu bahawasanya setiap musibah yang menimpa ada kebaikan didalamnya samada diketahui atau tidak? Kenapa manusia terlalu bodoh untuk menolak buta anugerah penaikan darjat bagi mereka yang bersabar menempuh musibah?

Berbaik sangkalah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tahu samada kita berbaik sangka dengan Dia ataupun kita lebih suka memburukkan sangkaan. Positiflah dengan Allah. Kita bersangka baik dengan Allah, maka baiklah juga pandangan Allah terhadap kita. Apa jua yang Allah bagi pada kita, macam mana jua jalan hidup kita yang Allah aturkan, apa pun jua kesakitan yang terpaksa kita tanggung, berbaik sangkalah dengan Allah. Dia memang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kalau kita buruk sangka dengan Allah, Allah juga boleh untuk memberikan pandangan negatif pada kita. Kalau kita sangka Allah sengaja nak bagi kita jadi bodoh, Allah sengaja nak menyusahkan kita, Allah sengaja nak bagi kita kehinaan pandangan manusia, sesungguhnya Allah memang berkuasa nak jadikan sangkaan kita tu suatu realiti. Dan akhirnya Allah betul-betul jadikan kita hina tambah lagi hina dipandangan-Nya. Bukankah itu suatu perkara yang kita paling tak ingini? Kita nak jadi hamba yang dipandang mulia oleh Allah. Kita nak duduk bersama martabat para solihin dan anbiya dan para rasul. Jadi mengapa perlu buruk sangka pada Allah?

Manusia juga tak lari dari membuat kesalahan dan dosa. Maka janganlah berburuk sangka dengan Allah dengan mengatakan Allah takkan ampunkan kesalahan kita tu. Sebaliknya bertaubatlah dari segala kesalahan dan terus husnuzzhan dengan Allah bahawasanya harapan kita masih cerah untuk dapat pengampunan dari Allah kerana kita tahu Dia Tuhan Yang Maha Pengampun.

Tak rugi kalau kita husnuzzhan pada manusia. Tambah-tambah lagi takkan pernah rugi selama-lamanya kalau kita husnuzzhan dengan Allah. Jauhkan lah bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa merasuk-rasuk hati kita ni.

Kita semua patut contohi bagaimana cara Al-Imam Abu Hanifah Nu’man radhiyallahu anhu wa ardhah berbaik sangka. Sila baca kisah yang amat menarik itu di SINI.

Jadual mengajar pun dah dapat. InsyaAllah aku akan mengajar form 1,2,4 dan 6(STAM) dalam 5 subjek iaitu Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Fiqh Syafie, Nahu Sorof dan Quran Tajwid. Jumlah waktu mengajar 26. Macam mana ek nak mengajar? Cekgu-cekgu ostat ostazah di luar sana sila kongsi pengalaman anda dengan saya. Saya budak baru belajar kalau salah tolong jolokkan. Hahaha. Kalau salah tolong tunjukkan la. Jangan la sula saya dengan batang penyapu. Kekeke.

Sekian dulu untuk hari ini. Jangan lupa senyum sokmo. Tataaaa~ [sambil melambai-lambai guna kepala lutut. Camne tu ek? Haha.]

Jangan lupa untuk husnuzzhan. (^_^)
Wassalam.

There was an error in this gadget