Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 30, 2009

Peserta Biro Raya Negara (BRN) Kem Teluk Intan

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, September 30, 2009 | Category: , | 8 Kata Komenan

salamun aleikum..

inilah dia rupa2 jejaka2 macho yang menyertai kem biro raya negara teluk intan harituh.. [sesukahati jer aku buh nama kem ala2 birotatanegara.. padahal konvoi beraya jer pon.. tetibe kait ngan kem plak.. haha..] beberapa buah kamben dan spisis gurun yang len telah digunakan dalam siri konvoi ini termasuklah perdana viva wira myvi saga dan bmw 7series yang dibawak oleh salah sorang daripada kami.. dalam mimpi lah.. hahaha..

rasanya tak perlu dah aku kenalkan mamat lupe member yang baru je dapat kete baru nih.. hahaha..

yang ni pon tak payah kenalkan jugaklah kot.. dah salu sangat dah tengok muka dia kat blog ni.. silap2 kalo dia ngaku blog ni blog dia pon orang bleh pecaya kot..

nama diberi arip.. akan tetapi panggilan diberi jepun.. doremon.. dek kerana raut wajah dan paras rupe yang bagaikan anak kelahiran hiroshima.. skarang bertugas di sebuah kilang proton di shah alam..

nama beliau khairy jamaluddin.. eh bukan. khairy hamidi.. eh bukan jugak. khairi abdul hamid. baru betul.. beliau merupakan pelajar multimedia universiti melaka..

kapten penguasa bumi.. amirul ardi.. lebih manje dengan panggilan totot.. baru tamat ATMA.. tengah tunggu mase nak kuor jer..

nama beliau hafidz.. orang new zealand panggil beliau gedek.. beliau kini bekerja di sebuah kilang di tapah..

asyraqal badru alaina.. nama beliau adalah asyraq.. ma'ruf dengan panggilan ayap.. satu2nye antara member2 kitorang yang dah proceed ke peringkat master dan kini menjadi instructor sambilan di UUM sintok..

ahmad kamil mokhtar.. aktivis nasyid negara ini kini sedang melanjutkan pelajarannya di UPM serdang..

rozamizan.. kini bekerja di kuala terengganu.. keje hape ntah akupon tatau.. aku tak sempat pi beraya umah die pasal ada hal menyusul yang menyebabkan aku terpisah daripada rombongan..

model iklan syempu yang sentiasa kami hasadi akan kelembutan rambutnya ini diberi nama norhafiz mohd nor.. menggunakan nama pena 'kupeng' dalam setiap karya yang dihasilkannya. [bile masa pulak ko jadik penulis peng?haha] beliau merupakan pelajar USM..

sorang lagi aktivis nasyid yang rasa2nya bernasyid idup segan mati tak mau ini merupakan pelajar USIM mengharungi pahit getir dalam pembikinan diri sebagai seorang daie.. beliau merupakan pelajar bidang dakwah dan kepimpinan di situ..

paeh.. ataupun nama skemanye faiz.. merupakan pemain percussion paling dasat dialam semesta.. sorila aku telupe ape ko tengah wat skang paeh.. hahaha..

amer.. tinggal di lubuk keli sg rubana.. kini merupakan seorang pembantu arkitek di pahang..

bakal bapak orang ni bukan merupakan sorang cina.. akan tetapi semua orang memanggil beliau achong.. nama sebenar beliau hafez dan beliau merupakan satu2nye member rapat aku yang dah slamat mengharungi malam pertama.. heheh.. kene bako saje lah akuuu.. haiihhh~

tak payah kenalkan dah la mamat ensem nih..

credit to dr pit.. semua gambo2 yang cantik ni beliau yang tembak menggunakan dslr beliau.. aku tolong upload jer.. hehe.. diberi nama mohamad fitri.. pelajar yang mengambil jurusan medic di USM ini kini sedang membuat rumahment (housement) di hospital.. 6bulan lagi dia beranak la.. eh. 6 bulan lagi dia grad la..

cekgu sapuan.. merupakan sorang cekgu kemahiran hidop yang mengambil alih tugas cekgu ramdan, sir lim dan cekgu kadir.. kini mengambil ijazah pendidikan di UTM skudei..

sangat menggamit kenangan pabila kita bertemu kembali dengan sahabat2 yang telah lama kita tak jumpa dan melihat perubahan yang banyak yang berlaku pada diri setiap seorang daripada kita.. tak lama lagi memasing kendong anak pulak.. aih.. manusia mengembang.. ada yang berubah.. ada yang kekal sama.. ada yang macam tak matang2 jer.. [aku la tuh..hahaha] apepun.. kita semua tetap sahabat selama2nya dan ukhwah ni takkan terputus hingga ke akhir hayat.. kalo korang kawen jangan tak jemput aku tau.. kecik pankreas aku.. datang tak datang len cite yang penting jemput.. kekeke..

besok my 1st day as a teacher.. sekolah menengah khir johari.. sungai sumun.. aih budak2.. kome nak belajo ape sok ngan aku? aku ajo cara2 buat blog jelah nak? hahaha..

moga2 niat suci saya untuk mendidik anak bangsa diberkati Allah dan dipermudahkan olehNya untuk saya menyampaikan ilmu dan dipermudahkan jua mereka yang mendengar itu untuk memahaminya dan mengamalkannya agar suatu hari nanti mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan agama dan negara.. ameen ya rabbal alameen..

Tuesday, September 29, 2009

Edisi 1Raya : Keluarga Didahulukan Ampun Maaf Diutamakan

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, September 29, 2009 | Category: | 2 Kata Komenan

salam aleik..

dah lama rasanya tak menulis sesuatu yang memberi faedah yang sangat banyak kepada para pembaca.. asik2 upload gambor2 yang ntahape2 pastu wat caption merepek2.. haih.. bila agaknya kargo kitab2 aku yang kat mesir tu nak sampai kat umah nih.. aku dah rindu sangat dengan kitab2 yang menyebabkan rak aku melengkung tuh.. [rasa cam tetibe je masuk isi tak kene.. tadi cite pasal caption gambo.. tetibe masuk cite kitab.. sape sunting blog ni hahhh? hahaha..]

tazkirah kat masjid taqwa dah bermula kembali selepas bercuti raya selama seminggu.. sok subuh nak baca bab ape plak ek.. any idea?

sebelom saya tido dan berehat saya ingin menyambung lagi edisi raya yang tertangguh disebabkan kete baru yang encik hafizi tu dapat tadi..

satu fakta menarik.. pagi hari raya saya diserikan dengan semua adik beradik yang berkumpul dirumah.. akan tetapi malangnya saya tidak beraya sangat bersama mereka.. sebaliknya sejak subuh raya itu lagi saya beraya sakan dengan someone special.. beliau adalah encik jamban.. [someone eh menatang nih..] hampir berpuluh2 kali saya membuat appoinment dengan beliau.. sejak pagi itu disambung pulak lagi selepas solat hari raya.. mebawak kepada waktu petang senjakala.. memang sungguh seronok hari raya saya bertemankan cirit birit yang amat menggirangkan hati sanubari ini..

GALERI HARI RAYA SAYA
___________________

buka puasa terakhir "ba'umbayan" one family..besok raya yeay..

nasib baik dorang dah masak rendang dari petang tu lagi.. pasalnye malam tu tak lama lepas dah gelap karen pon tadek sampai area2 pukul 2.30 pagi.. sape2 yang pakai oven buat kek time tu mesti menyumpah seranah pada pihak lembaga air..

pengg!

masjidut taqwa dari bahagian paking belah belakang

bersama pidos.. abang saye yang kedudukannya diatas saya adalah memegang tampuk no 5

bersama pidos.. along.. dan angah.. anak buah saya dari keturunan ayong..

bersama kamben itam saya di masjidut taqwa - pagi raya sebelum solat raya

orang mula berpusu2 menyebabkan tempat lapang yang asalnya lapang dalam sekelip mata dipenuhi kamben2 dan lembu2 dari pelbagai spesies..

usai solat hari raya yang khutbah panjangnya ditangisi ramai jemaah yang insap itu maka kami sekeluarga pon melakukan aktiviti tahunan setiap kali lepas solat hari raye iaitu menziarahi umah tok penghulu yang terletak kat seblah umah kami.. pidos romantik jalan bedua ngan bini dia.. aku jugak yang terlebih romantik jalan bedua ngan kamera hempon aku.. huh.

sesi mintak mahap.. mak abah.. ampunkan segala dosa kitorang yer..

sesi bagi duit raya kat anak2 buah pulak.. beratur beb..

sesi persembahan nasyid.. pidos tawarkan sape2 yang sanggup wat persembahan akan dapat bonus angpaw raya.. maka kekanak ini pon membuat persembahan nasyid yang diiringi music petir dan guruh iaitu menyanyikan lagu negaraku.. aku wat gak persembahan.. show sape tido paling lame atas katil..

keluarga paksu mohamad datang ziarah daripada ipoh..

kak zah and adilah [she was my classmate 3years ago and now she lives under one roof with me..baru akak tau perangai adik akak yang sekor ni camne kan? hahaha..]

sms sape lagi kalo bukan awek.. udah2 la woih ko tu nak spm.. apekate ko passing jer awek ko tu kat acu.. hahaha..

binatang ni nampak je kecik.. tapi kalo letupkan depan umah.. orang mude yang tak sakit jantung pon bole kene diabetes..

tutorial mengikat serban

sarapan raya kedua: roti canai kuah dal

sepanjang hari kedua kitorang round sekitar ipoh.. umah paksu.. umah cik ann.. umah cik pahiyah.. 3 umah je boleh gi.. ni gelagat baby adilah dan babytua pidos.. sangat comel oke

sape ammu ensem kat sebelah adilah ni?

iman dari keturunan alang yang sangat aktif bagaikan deco deco deco..

tapi seaktif2 dia.. upenye die takut ngan acu die.. bwahahaha..

nak bantal ke nak kepek pisang? ke nak pelempang? tanye iman pada manusia yang ada kat depan dia..

acu nak ikut iman balik bole? "tak bole! acu tinggal!" cis..kejam..

takpe kaklong.. ko dapat SPM 10A nanti mesti abah ngko bagi ngko pree jer keta citra ni..selamat menjadi pelatih khidmat negara.. ngeh3

malu bebenor nak bagi nampak muke enterprem kat kamera.. bukan nak letak kat blog pon kakchik oiii.. [padahal letak dah ni..haha]

udah2 ler dulu kot.. ngantuk dah nih.. besok2 pulak la nak gambo lain pulak lagi..

tatatititutu~

pose 6 saya baru masuk hari ketiga.. anda bagaimana?

Pijit Dah Lupa Member?

Posted by The Pamiesz® | | Category: | 3 Kata Komenan


blah la pijit.. dah dapat kete baru senyap jer.. blagak gile.. camni ke member.. haram nak dikabo member lain nih.. dah ade kete baru tu.. bawak la jenjalan teluk batik sepam dua.. hahahaha..

Sabar Itu Separuh Daripada Tengok Shaolin Soccer

Posted by The Pamiesz® | | Category: | 4 Kata Komenan

cerita malam ini.. edisi raya terpaksa ditangguhkan untuk memberi sedikit laluan kepada berita yang baru sahaja berlaku malam tadi..

TELUK INTAN, 29 september - 5orang mangsa yang telah dicabul perut mereka oleh salah sebuah kedai makan disini sebentar tadi telah melahirkan rasa kesal kerana penantian oder itu bagi mereka satu kesabaran yang tidak memberi manfaat bagi perut mereka. mereka merasa sedih dan kecewa dengan sikap segelintir udang yang hanya duduk dalam mi bandung mangkuk meja orang sebelah. mengapakah mi bandung, telur bungkus, char kotiau dan makanan2 lain yang dioder mereka tidak sampai2 setelah hampir 1jam setengah mereka menanti dengan penuh kesabaran? jawapan ini hanya ada pada tokey kedai yang mengambik oder dengan pantas namun meninggal ditempat kejadian. iaitulah meninggalkan nota order tu ditempat yang tak sepatutnya. makanya citer shaolin soccer lakonan stepen chau yang menjadi penyeri hati mereka tanpa disedari ditonton dengan khusyuk dalam keadaan perut mendendangkan lagu shiaolin kungfu zhe chan hoo yeyy. hinggalah tamat citer itu.

GALERI ODER MAKAN TAK SAMPAI2
__________________________

dengan muka yang sangat gembira dan penuh excited amin merungut dan mengomel "kak, akak tengah menuai padi lagi ke kat blakang tu? agak2 berapa ploh jam lagi kitorang nak kene tunggu hingga membolehkan padi tu jadi beras yang boleh ditanak menjadi nasik?"

silap jugak aku order mi bandung.. jauh sangat la pulak dia nak kene tempah flight pegi bandung kat indon nak amik aku punye mi.. no wonder la lambat..

teh tarik aku ni dah bape kali topap air basuh tangan dah.. jangan sampai aku topap air liur aku sampai cukup 2kolah pulak..

budak yang oder telor bungkus ni disarankan oleh kerajaan untuk pergi ke reban ayam sambil menanti ayam melahirkan telur untuk dikutip dibawa kekedai makan untuk digoreng menjadikan ianya sebuah telur bungkus yang lazat rasanya

ini tada kisah punya orang.. dia tak oder makan.. cis..

aku rasa aku dah tau dah kenapa akak tu tanak bagi kita makan.. kompem dia rasa kita takkan mampu nak bayar..

ingatkan dah buat pasal dengan kitorang camtu nak la dia mintak maap dengan memberikan kire harga air secara balash (percume) akan tetapi ingatan dan suuzzhon kitorang ternyata meleset menyebabkan pett terpaksa mengira jumlah kupang2 yang perlu dibayar jugak sebanyak 5 henshin

setelah memasing masuk kete dan bersetuju serta ijma para fuhkahak ini semua telah pon dibuat untuk semua pegi cari kedei makan lain untuk mengisi perut yang dah macam hape punye lapo.. maka tempat yang dipilih adalah restoran shameema begam gulam rasul.. akhirnya semua pon bergembira kerana dapat makan.. they pon live happily ever after..

oder la cepat.. kali ni kalo dapat lambat lagi kita bakor sampah kat kedai ni..

aku tak kire aku tetap nak kueytiaw yang aku nak tadi..

secara tetibe je sume hepi sebab dapat makan kicap

mr kucai dengan berger beliau yang diorder wat side menu sambil mengoder roti cane

aku pulak yang tukor menu takut2 gulam rasul plak gi bandung nak amik mi menyebabkan ia menjadi lambat makanya aku pon mengorder telor bungkus asyan reban ayam pon tak jauh mana kalau nak tunggu ayam mengeram telor..

hari ni saya interview job pegawai pemakan biskut.. kekeke.. doa2kan saya yer..
jangan lupe mulakan hari anda dengan zikrullah dan serikanlah ia sepanjang hari dengan senantiasa mengingati Allah.. :)

There was an error in this gadget